KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anina Saadudin telah merekodkan persetujuan penyelesaian berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Pada 5 Mac lepas, Ismail Sabri menyaman Anina, 46, atas dakwaan memfitnah beliau di laman Facebook serta menuduhnya sebagai tidak kompeten dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peguam Ragunath Kesavan, yang mewakili Ismail Sabri, kini Perdana Menteri, berkata kedua-dua pihak bersetuju memasukkan penghakiman persetujuan berdasarkan terma perintah injunksi yang dikeluarkan sebelum ini.
"Penghakiman persetujuan itu dimasukkan petang ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril. Tiada perintah berkaitan kos atau kerugian," katanya sambil menambah keputusan hari ini adalah terjumlah kepada penyelesaian penuh bagi tindakan perundangan yang telah diambil sebelum ini.
Pada 11 Mac lepas, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara untuk memaksa Anina memadamkan semua kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman Facebooknya.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 1 Okt sebagai tarikh perbicaraan kes saman itu.
Ismail Sabri, 61, atas kapasiti peribadi, memfailkan saman itu atas dakwaan Anina telah menyiarkan 13 kenyataan berbaur fitnah dan memuat naik sebuah video di laman Facebooknya, yang antara lain mendakwa beliau tidak kompeten dalam melaksanakan tugasnya semasa mengenakan peraturan ketat bagi mengekang penularan COVID-19 melalui PKP.
Ismail Sabri mendakwa susulan kenyataan berbaur fitnah itu, reputasinya telah tercemar manakala tindakan memuat naik hantaran tersebut dilakukan dengan niat jahat bagi menjejaskan reputasi baik serta imej beliau.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
5 Mac lepas, Ismail Sabri menyaman Anina atas dakwaan memfitnah beliau di laman Facebook serta menuduhnya sebagai tidak kompeten dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Pertahanan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Anina Saadudin diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan hari ini.
Ismail Sabri saman Anina Saadudin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi FB miliknya.
"Hanya untuk hiburkan kanak-kanak"
Mohd Fisol berkata cop di tangan kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah hanya untuk keseronokan semata-mata.
Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas kini giat membantu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRU kali ini.
Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.
Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam.
Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.
Anina gugurkan saman terhadap PM Najib
Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.