MALAYSIA
Saman fitnah: Musa Hassan diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Hannah Yeoh
Hannah (kanan) memfailkan saman terhadap Musa (kiri) pada 2020 berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara itu pada forum bertarikh 30 Jan 2020. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu kes saman fitnah.
Ringkasan AI
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azimah Omar juga memerintahkan Musa membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hannah.
"Pesuruhjaya Kehakiman telah terkhilaf dalam keputusannya ketika menolak saman Hannah.
"Kami membenarkan rayuan ini dan memerintahkan agar keputusan beliau diketepikan," kata Azimah yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Dr Shahnaz Sulaiman.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Dis 2024 yang menolak samannya terhadap Musa dan mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM40,000.
Hannah, yang hadir di mahkamah hari ini, memfailkan saman terhadap Musa pada 2020 berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara itu pada forum bertarikh 30 Jan 2020.
Azimah berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila menerima pembelaan defendan berhubung justifikasi, komen yang wajar dan perlindungan bersyarat berhubung kenyataan yang didakwa perayu sebagai berunsur fitnah.
Hakim itu juga berkata Musa dalam pembelaannya telah memanggil pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff untuk memberi keterangan namun bukti yang dikemukakan saksi itu hanyalah pandangan peribadi dan beliau tidak diiktiraf sebagai saksi pakar.
"Pesuruhjaya Kehakiman telah melakukan percanggahan dalam keputusannya apabila memutuskan bahawa Kamarul adalah saksi 'fakta' dan Musa boleh bergantung kepada 'pandangan' beliau dalam pembelaannya," katanya sambil menambah pada tahun lepas, Kamarul juga kalah dalam satu lagi kes saman fitnah yang difailkan oleh Hannah.
Beliau juga berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa perayu telah menggunakan buku Becoming Hannah, a Personal Journey untuk menyebarkan agamanya atau merosakkan Islam.
"Jika demikian, maka Bible juga tidak seharusnya diletakkan di rak. Anggapan sedemikian adalah tidak munasabah," katanya sambil menambah bahawa hujah berhubung kedudukan defendan sebagai bekas Ketua Polis Negara termasuk dakwaan bahawa beliau memerlukan kebebasan untuk bersuara mengenai isu kepentingan nasional atau agama, tidak memberikan kebebasan mutlak untuk beliau membuat kenyataan tanpa mengambil kira kewajaran, tanggungjawab atau akauntabiliti.
Azimah berkata meskipun defendan mungkin memegang jawatan yang berpengaruh, adalah tidak boleh diterima dan tidak pernah berlaku dalam undang-undang untuk membiarkan individu sedemikian menyebarkan perkara tidak benar secara melulu.
"Sebagai rumusan, defendan (Musa) gagal membuktikan pembelaan komen wajar atau perlindungan bersyarat, dan pergantungan beliau terhadap niat jahat juga ditolak.
"Kenyataan berunsur fitnah tersebut adalah serius, dibuat secara terbuka dan sangat memudaratkan manakala tindakan defendan menunjukkan kecuaian serta pengabaian terhadap hak plaintif.
"Mengambil kira semua faktor, kami dengan ini menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada plaintif. Selain itu, kami memberikan kos RM60,000 kepada plaintif," katanya.
Selepas prosiding mahkamah, Hannah berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan itu kerana selama enam tahun, dia terpaksa hidup dengan pelbagai pembohongan serta fitnah yang berlegar di media sosial yang bukan sahaja mencemarkan nama baiknya malah turut mengelirukan orang ramai memandangkan tuduhan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara.
"Kini, tumpuan saya adalah untuk terus melaksanakan amanah kepada rakyat dengan penuh integriti, tanggungjawab dan keikhlasan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, diperintah membayar ganti rugi RM250,000 kepada Menteri Hannah Yeoh dalam kes saman fitnah, dengan tambahan kos RM60,000. Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa pesuruhjaya kehakiman terkhilaf dalam keputusannya ketika menolak saman Hannah.
- Mahkamah mendapati Musa tidak berjaya membuktikan pembelaan komen wajar atau perlindungan bersyarat berhubung kenyataan berunsur fitnah, yang dikeluarkan dalam forum pada 30 Januari 2020. Mahkamah juga menolak hujah bahawa sebagai Ketua Polis Negara, beliau memerlukan kebebasan bersuara tanpa memikirkan kewajaran dan tanggungjawab.
- Hannah Yeoh, yang merasa lega dengan keputusan ini, berharap dapat melanjutkan amanahnya kepada rakyat dengan integriti, tanggungjawab, dan keikhlasan selepas enam tahun hidup dalam bayang-bayang pembohongan serta fitnah yang mencemarkan namanya.