awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman fitnah RM100 juta: Musa Hassan mohon maaf kepada Robert Phang

Bernama
Bernama
01/12/2014
09:49 MYT
Saman fitnah RM100 juta: Musa Hassan mohon maaf kepada Robert Phang
Phang dan Musa (kanan) berjalan keluar dari mahkamah selepas kes saman fitnah RM100 juta Phang terhadap Musa selesai di Mahkamah Tinggi Sivil hari ini. - fotoBERNAMA
Kes saman fitnah RM100 juta Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang Miow Sin terhadap Tan Sri Musa Hassan selesai selepas bekas Ketua Polis Negara itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Musa dalam satu sidang media program anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) pada 10 Dis 2012. Ia mendapat liputan media sehingga sebuah portal berita memuat naik video mengenainya.
Musa dalam permohonan maaf itu mengakui dirinya telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Phang dan menarik balik kenyataan berkenaan serta menyesali tindakannya sebelum ini.
"Saya membuat permohonan maaf ini adalah bagi menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Musa ketika ditemui di luar mahkamah di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusoff merekodkan penghakiman persetujuan itu dan memerintahkan Musa sebagai defendan membayar kos undang-undang sebanyak RM10,000 kepada plaintif (Phang) sebagai penyelesaian kes berkenaan.
Musa diwakili peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Datuk Rabinder Singh dan S. Selvarajah manakala Phang diwakili peguam S.N. Nair bersama K. Muralidharan dan Lee Wing Hong.
Pada 4 Jan 2013, Phang memfailkan saman RM100 juta terhadap Musa kerana didakwa mengeluarkan kata-kata seolah-olah plaintif tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan tidak beretika, pada sidang media itu.
Phang turut mendakwa Musa juga mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya seorang pembohong, korup, telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan mempunyai kecenderungan mengganggu perjalanan serta pentadbiran PDRM dan pihak berkuasa lain.
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#RM100 juta
#Robert Phang
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan