Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tujuh hari, bermula 7 Okt, untuk mendengar saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung isu 1MDB.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta Mohamed Hanipa Maidin bagi Harakah dan Harakahdaily.
Mohd Hafarizam, ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah turut menetapkan 13 Julai untuk mendengar permohonan Najib untuk membuang dua perenggan dalam pernyataan pembelaan, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan.
Dalam saman yang difailkan pada 18 Mac tahun ini, Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya, sebagai defendan.
Ia membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb berkaitan isu dana 1MDB.
BACA: 1MDB: Najib saman Harakah, Harakahdaily, kerana fitnah
BACA: 1MDB: Najib beri amaran terhadap pemfitnah kaitkan dirinya dan keluarga
Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau telah menyalah guna dana 1MDB.
Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.
Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' (responsible journalism) dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.
Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan.
Bernama
Fri Jun 26 2015
Dalam saman yang difailkan pada 18 Mac tahun ini, Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya, sebagai defendan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas syarikat cetak akhbar Harakah mohon batal rayuan Pas terhadap penghakiman terus
Bekas syarikat pencetakan akhbar Harakah memohon untuk membatalkan rayuan Pas terhadap keputusan membenarkan syarikat itu memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan baki hutang.
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Artikel memfitnah: Kes saman Mat Sabu terhadap Harakah selesai
Kes saman bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terhadap seorang kolumnis dan ketua pengarang Harakah serta satu pihak lagi diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.
Veteran Pas, Subky Latiff meninggal dunia
Tarikh yang sama 18 tahun lepas, Pas kehilangan bekas presidennya Datuk Fadzil Noor.
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
Najib tarik balik saman terhadap Harakah, Harakahdaily
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
Isu 1MDB: Najib tarik balik saman terhadap Harakah, HarakahDaily
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan PM Najib
Pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.
Kes saman: Najib kemuka bantahan terhadap artikel digunakan Harakah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan bantahan terhadap 20 artikel lain yang digunakan oleh Harakah dan Harakahdaily dalam kes saman beliau.