KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mewakili firma guaman Tetuan Wong & Partners dan rakan kongsinya Brian Chia Hock Gee yang berdepan saman US$1 bilion yang difailkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap mereka.
Ketika dihubungi Bernama, Sri Ram berkata tidak terdapat sebarang konflik kepentingan berhubung tindakan beliau mewakili kedua-dua firma guaman dalam saman sivil itu.
"Tidak ada konflik. Brian adalah saksi penting saya dalam perbicaraan kes 1MDB-Tanore yang sedang berlangsung.
“Beliau adalah rakan kongsi Tetuan Wong & Partners dan merupakan sasaran utama dalam saman itu.
"Saya perlu mewakili beliau dalam kedua-dua kes,” kata Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes jenayah membabitkan skandal 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan sejumlah 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.
Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei lepas iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Saman itu difailkan 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku.
Antara saman yang difailkan ke atas Tetuan Wong & Partners serta Brian ialah bagi mendapatkan semula US$1 bilion dan pembayaran fi perundangan sebanyak RM664,821.21 bagi peranan yang didakwa dimainkan mereka dalam frod itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021

Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

PPD, JPN wajar diberi kuasa pengambilan guru - Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad melihat perlunya guru yang benar-benar faham dengan budaya dan aspirasi pelajar di sesebuah lokaliti.
![AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007284/34651835121675087575040_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Pulau Batu Puteh, kerajaan tidak setuju keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan, waris Sultan Sulu. -Pas dakwa beri wang kepada pengundi untuk balik mengundi, bukan kesalahan. -Jumlah anggota kastam dan imigresen ditambah di Tambak Johor. #AWANInews

Suasana sayu semasa prosiding 1MDB susulan kematian Gopal Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sifatkan mendiang Gopal Sri Ram ibarat bapa.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

1MDB: Roger Ng lepas tanpa bebas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs
Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu.

Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.

Najib rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap Tommy Thomas
Najib yang memfailkan saman mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas.

Bekas pegawai bank tidak berurusan terus dengan Najib
Joanna berkata beliau tidak pernah berurusan secara langsung dengan bekas perdana menteri itu berkenaan akaunnya kerana "protokol".