KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.
"Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.
"Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.
"Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.
"Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

NUTP telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah. - Gambar hiasan

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.
Gelanggang PRK DUN Pelangai sidah bermula
Lintas langsung bersama wartawan Hasimi Muhamad, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai, berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
NUTP menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.