awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Aidiladha keluarga Azizul, Shalwati lebih bermakna

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/10/2014
11:34 MYT
Sambutan Aidiladha keluarga Azizul, Shalwati lebih bermakna
Sambutan Aidiladha keluarga Azizul, Shalwati lebih bermakna
Turut meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha ialah pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal yang baru dibebaskan pada 2 Oktober lepas.
Pasangan ini bersama kesemua anaknya menyambut hari lebaran di kediaman adik Shalwati, Shaleena di Padang Kala, Peringat di sini.
Walaupun sambutan Aidiladha keluarga ini sederhana, namun mereka bersyukur kerana dapat menyambut bersama.
Menurut Shalwati, pada Aidilfitri lalu, beliau menyambutnya di penjara.
Dengan makanan yang terhad serta tiada juadah tradisional yang biasanya dihidangkan di sini, beliau hanya diberikan masa seketika untuk meraikan Aidilfitri di penjara di sana.
“Sebaik sahaja pintu sel d buka saya terus pergi buat hot chocolate sebab dah lama tak bersarapan pagi dengan hot chocolate dengan sandwich dan keju. Itulah makanan raya ketika dipenjarakan. Itulah saya teringat ketupat daun palas dan terus pergi kerja. Saya bertakbir seorang diri. Di sini seronoklah boleh takbir bersama bila berada di perantauan dengar takbir memang menitis air mata,” imbas Shalwati.
Katanya menyambut hari raya di perantauan kebiasaannya meriah kerana ia diraikan di kedutaan.
Katanya kesemua rakyat Malaysia yang berada di luar negara akan berkumpul dan menjamu selera dengan pelbagai kuih tradisional yang dibuat sendiri oleh rakyat Malaysia sendiri.
Begitu pun ziarah ke kubur orang tua dan sanak saudara tidak dapat dilakukan ketika menyambut hari raya di luar negara dan perkara itu sememangnya dirasai.
Shalwati bersama suaminya berserta anak mereka, Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12 dan Arif, 8 kini dapat disatukan bersama.
Sebelum ini, mahkamah daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak-anak mereka, Aisyah, Ammar, Adam, dan Arif.
Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dibebaskan 9 Julai lepas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Azizul Raheem Awaluddin
#Shalwati Norshal
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan