awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Belia Negara pengiktirafan tertinggi pada anak muda

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
16/07/2022
04:20 MYT
Sambutan Hari Belia Negara pengiktirafan tertinggi pada anak muda
Mohd Izzat Afiffi Abdul Hamid berkata, sambutan Hari Belia Negara adalah satu pengiktirafan tertinggi negara kepada anak muda Malaysia. - Foto Facebook/Izzat Afifi Abdul Hamid
TUARAN: Sambutan Hari Belia Negara bukan sekadar satu perayaan dan perhimpunan semata-mata, tapi satu hari di mana peranan, martabat dan darjat belia diangkat dan diraikan.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afiffi Abdul Hamid berkata, sambutan Hari Belia Negara adalah satu pengiktirafan tertinggi negara kepada anak muda Malaysia.
"Sambutan ini juga mengingatkan anak muda dan belia akan pentingnya keberadaan mereka dalam usaha melakar pembangunan negara," katanya.
Beliau menambah, bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM) juga menyambut baik perubahan baharu yang dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu untuk memisahkan Sambutan Hari Belia Negara dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara.
Dalam masa yang sama beliau juga berharap dengan pengumuman kerajaan tentang kewujudan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi benar-benar dapat berfungsi membantu menstabilkan kadar inflasi dan kegawatan ekonomi.
Manakala, cetusan idea dari Menteri Belia dan Sukan, MBM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menggerakkan belia untuk jadi pemantau harga barang dan melaporkan kepada penguatkuasa sekiranya berlaku pencatutan dan manipulasi harga barang keperluan sehari rakyat.
MBM juga akan terus memainkan peranan sebagai agen penyebar dan jurucakap falsafah keluarga Malaysia dan sedia membantu kerajaan dalam usaha menyebarkan kefahaman berkaitan keluarga.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung di Padang Pekan Tuaran, Sabah.
Topic Berkaitan
#Hari Belia Negara
#Mohd Izzat Afiffi Abdul Hamid
#pengiktirafan
#anak muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan