awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Selangor pada 30 Ogos - Amirudin

Bernama
Bernama
04/08/2025
06:15 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Selangor pada 30 Ogos - Amirudin
Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Perhimpunan Penjawat Awam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan pada 30 Ogos, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Ringkasan AI
  • Sambutan Hari Kebangsaan Selangor Perarakan peringkat negeri akan berlangsung pada 30 Ogos, dengan sesi amanat khas oleh MB Selangor sehari sebelumnya bagi hala tuju negeri menjelang 2026.
  • Fokus Amanat Amanat merangkumi pelan pembangunan seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan inisiatif Selangor Smart State.
  • Kempen & Majlis Rasmi Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan, disertai penyerahan bendera kepada PBT dan pejabat daerah, serta pelancaran kerangka Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU).

Amirudin berkata acara perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri itu, akan berlangsung seperti lazimnya dilakukan tahun-tahun sebelum ini, kecuali ada penambahan sesi amanat khusus sehari sebelum itu.
"Cuma bezanya tahun ini akan diadakan (sesi) amanat khusus, yang saya bakal sampaikan pada hari Jumaat 29 Ogos, sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan kepada ketua jabatan, wakil komuniti untuk memberikan sedikit hala tuju negeri Selangor menjelang tahun 2026.
"Di samping itu, (amanat tersebut) ia antaranya bagi melengkapkan (memaklumkan) beberapa pelan kita (kerajaan negeri) seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Selangor Smart State," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Selangor sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Turut dilaksanakan penyerahan Jalur Gemilang kepada sembilan pejabat daerah dan tanah serta 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Pada majlis yang sama, Amirudin turut melancarkan kerangka Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU) serta Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor yang dilaksanakan secara fizikal serta dalam talian, dihadiri lebih 1,000 penjawat awam negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Amirudin Shari
#peringkat negeri Selangor
#acara perarakan Hari Kebangsaan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan