awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah istimewa, bakal tampilkan persembahan menarik

Bernama
Bernama
14/09/2024
22:30 MYT
Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah istimewa, bakal tampilkan persembahan menarik
Fahmi (kanan) berkata sesuatu sewaktu menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan pada 16 Sept di Padang Merdeka di sini akan menjadi cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Berdasarkan raptai penuh malam ini, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata beberapa perkara sedang ditambah baik untuk persembahan pada sambutan itu termasuk daripada aspek teknikal.
"Saya rasa sambutan ini akan jadi cukup istimewa... beberapa isu termasuk audio akan dapat ditangani dengan baik selepas menerima maklum balas terutama daripada para peserta," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam tadi.
Beliau berkata sambutan Hari Malaysia setiap tahun adalah berbeza dengan keunikan tersendiri.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew pula berkata orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#padang merdeka
#Fahmi Fadzil
#persembahan menarik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan