Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, 8,000 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar institusi pengajian tinggi, dan sekolah akan menyertai perarakan bersempena sambutan itu.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dijangka berangkat menyempurnakan majlis itu yang dijadual turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Mohamad Nordin berkata, kemuncak sambutan tahun ini bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera', ialah penyampaian anugerah kepada seorang penerima Anugerah Perdana dan empat penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
"Penerima Anugerah Perdana akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi dan sijil penghargaan, manakala empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil penghargaan," katanya.
Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung sambutan Maulidur Rasul melalui RTM1, dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta saluran radio di bawah seliaan RTM di samping radio IKIM.FM.
Majlis itu juga boleh ditonton melalui live streaming di web TV JAKIM dengan melayari sesawang www.tvjakim.my. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 07 2019
Sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera' akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Memaknai Nuzul Al Quran, hikmah di sebalik COVID-19
Memasuki fasa akhir Ramadan bulan suci umat Islam, apakah cukup sekadar memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran tanpa memahami isi kandungannya?
Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini
Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi