awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sampah jejaskan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Langat

Bernama
Bernama
06/06/2019
22:00 MYT
Sampah jejaskan pengeluaran air terawat  di Loji Rawatan Air Sungai Langat
Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sg Langat terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk, yang menyebabkan alat penapisan mekanikal (bandscreen) tersumbat dan 'trip'.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merupakan anggota kumpulan Air Selangor, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sampah di muka sauk sedang giat dijalankan.
"Insiden ini dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat," kata Syabas menerusi kenyataan yang dikeluarkan Abdul Raof Ahmad, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, malam tadi.
"Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas," katanya sambil menambah maklumat serta senarai kawasan terjejas akan dimaklumkan.
Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#alat penapisan mekanikal
#Loji Rawatan Air Sg Langat
#sampah sarap
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan