awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung bakal lancar kaca mata pintar pertama menjelang 2026

Amanz
Amanz
15/08/2025
06:30 MYT
Samsung bakal lancar kaca mata pintar pertama menjelang 2026
Kaca mata ini membolehkan pengguna mendengar muzik, membuat panggilan, menghantar mesej, merakam gambar/video dan berinteraksi dengan AI tanpa paparan visual. -Amanz
SAMSUNG kini dilapor akan memperkenalkan kaca mata pertama mereka seawal penghujung 2026.

Ringkasan AI
  • Samsung dijangka melancarkan kaca mata pintar pertama mereka menjelang akhir 2026, dengan ciri asas seperti mikrofon, speaker, kamera dan integrasi AI.
  • Kaca mata ini membolehkan pengguna mendengar muzik, membuat panggilan, menghantar mesej, merakam gambar/video dan berinteraksi dengan AI tanpa paparan visual.
  • Samsung juga merancang memperkenalkan set kepala realiti terimbuh, menyertai persaingan dengan Meta, Xiaomi dan HTC dalam pasaran yang masih terhad.

Kaca mata pintar pertama mereka dijangka menawarkan ciri asas, tanpa sokongan panel paparan.
Kaca mata pintar pertama ini dijangka menyertakan sokongan mikrofon, speaker dan kamera – serta menyertakan integrasi kecerdasan buatan untuk melakukan sejumlah kawalan.
Dengannya, pengguna boleh mendengar muzik, membuat panggilan, menghantar mesej, merakamkan gambar dan video, serta bertanyakan soalan melalui kecerdasan buatan terbina.
Selain kaca mata pintar ini, Samsung juga dijangka memperkenalkan set kepala dengan sokongan realiti terimbuh dalam masa terdekat ini.
Pada hari ini, Meta sedia menerajui arena kaca mata pintar ini, selain beberapa pihak turut telah menawarkan produk masing-masing termasuk Xiaomi dan HTC.
Namun, penawaran masih terhad di beberapa pasaran sahaja buat masa ini. Mungkin dengan penyertaan Samsung, ia akan ditawarkan dengan lebih meluas lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#kaca mata pintar
#Samsung
#set kepala realiti terimbuh
#Integrasi AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan