GADGETS
Samsung diarah bayar RM2.66 bilion kepada India dakwaan elak cukai

Samsung akan melakukan rayuan di mahkamah, menyatakan isu ini melibatkan interpretasi klasifikasi barangan import. -Gambar fail
SAMSUNG minggu ini diarahkan membayar penalti berjumlah $601 juta (~RM 2.66 bilion) kepada kerajaan India selepas didapati mengelak membayar tarif ke atas kelengkapan telekomunikasi yang dibawa masuk ke dalam negara tersebut.
Ringkasan AI
- Samsung diarah membayar penalti $601 juta kepada kerajaan India kerana mengelak membayar tarif ke atas kelengkapan telekomunikasi.
- Bayaran terdiri daripada denda 44.6 bilion Rupee untuk tarif yang tidak dibayar serta penalti 100%, dan denda tambahan untuk tujuh eksekutif Samsung.
- Samsung akan melakukan rayuan di mahkamah, menyatakan isu ini melibatkan interpretasi klasifikasi barangan import.
Di India, tarif sehingga 20% dikenakan ke atas kelengkapan telekomunikasi yang diimport dari negara luar.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Samsung, mereka berkata akan melakukan rayuan di mahkamah. Isu ini menurut mereka melibatkan interpretasi klasifikasi barangan import yang dibawa masuk.
Sejak kebelakangan ini pihak berkuasa India telah melakukan siasatan ke atas beberapa syarikat teknologi luar negara yang dituduh cuba mengelak membayar cukai. Pada tahun 2022, Kementerian Kewangan India mendakwa Oppo dan Xiaomi masing-masing terlibat dalam percubaan cuba mengelak cukai bernilai ~RM2.274 bilion dan ~RM3.2 bilion. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami