GADGETS

Samsung perkenal cip Exynos 2600 berasaskan seni bina 2nm, pertama untuk telefon pintar

Amanz 21/12/2025 | 05:00 MYT
Exynos 2600 hadir dengan seni bina 2-nanometer GAA (Gate-All-Around), membawakan 10 teras CPU berasaskan seni bina Arm v9.3. -Foto Amanz
SAMSUNG Samsung secara rasmi memperkenalkan cip terbaharu di bawah siri Exynos, iaitu Exynos 2600, yang dijangka menguasakan telefon pintar akan datang dalam siri Galaxy S26.


Ringkasan AI
  • Samsung memperkenalkan cip terbaharu Exynos 2600 dengan seni bina 2-nanometer GAA, yang bakal digunakan dalam telefon pintar siri Galaxy S26 untuk prestasi lebih tinggi dan efisien tenaga.
  • Cip ini mempunyai teras CPU berasaskan Arm v9.3, termasuk teras utama C1-Ultra, tiga teras C1-Pro prestasi, dan enam teras C1-Pro, disokong oleh GPU Xclipse 960 dan NPU yang dikemas kini untuk prestasi AI lebih baik.
  • Samsung turut meningkatkan pengurusan haba cip ini serta menawarkan sokongan kamera sehingga 320 megapiksel, LPDDR5X, UFS 4.1, HDR10, dan kadar segar 120Hz, sambil mengekalkan rahsia peranti yang akan menggunakan cip ini, yang disyaki akan hadir dalam Galaxy S26.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Exynos 2600 hadir dengan seni bina 2-nanometer GAA (Gate-All-Around), membawakan 10 teras CPU berasaskan seni bina Arm v9.3.



Dengan sokongan seni bina 2-nanometer, cip ini menawarkan prestasi lebih tinggi dan pada masa sama lebih efisien tenaga, sekali gus menjadikan Samsung pengeluar pertama hadir dengan cip 2nm untuk telefon pintar, mendahului Qualcomm dan MediaTek.

Cip ini menggabungkan satu teras utama C1-Ultra berkelajuan 3.8GHz, tiga teras prestasi C1-Pro pada kelajuan 3.25GHz, dan enam teras C1-Pro pada kelajuan 2.75GHz.

Melengkapkan cip ini ialah GPU Xclipse 960, selain teras NPU yang dikemas kini untuk menawarkan prestasi AI 113 peratus lebih baik berbanding cip Exynos mercu sebelum ini.

Samsung turut menambah baik pengurusan haba bagi mengatasi isu yang pernah dihadapi cip Exynos terdahulu.

Antara sokongan lain termasuk kamera sehingga 320 megapiksel, LPDDR5X, UFS 4.1, HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz.

Samsung belum mengesahkan peranti yang akan menggunakan cip ini, namun ia dijangka hadir pada model Galaxy S26 yang mungkin dipasarkan di beberapa negara secara terhad. -Amanz







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri utama cip terbaru Exynos 2600 yang diperkenalkan oleh Samsung?
    A: Exynos 2600 hadir dengan seni bina 2-nanometer GAA (Gate-All-Around) dan 10 teras CPU berasaskan seni bina Arm v9.3.
  • Q: Apa yang membezakan cip Exynos 2600 daripada cip yang dikeluarkan oleh pengeluar lain seperti Qualcomm dan MediaTek?
    A: Samsung adalah pengeluar pertama yang mengeluarkan cip 2nm untuk telefon pintar, mendahului Qualcomm dan MediaTek.
  • Q: Apakah kelebihan prestasi yang ditawarkan oleh cip Exynos 2600?
    A: Cip ini memiliki teras utama C1-Ultra berkelajuan 3.8GHz, tiga teras prestasi C1-Pro pada kelajuan 3.25GHz, dan enam teras C1-Pro pada kelajuan 2.75GHz, serta GPU Xclipse 960 dan pengurusan haba yang diperbaiki.
  • Q: Adakah cip Exynos 2600 menawarkan peningkatan prestasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI)?
    A: Ya, cip ini mempunyai teras NPU yang dikemas kini untuk menawarkan prestasi AI 113 peratus lebih baik berbanding cip Exynos sebelum ini.
  • Q: Apa jangkaan Samsung mengenai peranti yang akan menggunakan cip Exynos 2600?
    A: Meskipun belum disahkan, cip ini dijangka akan digunakan pada model Galaxy S26 yang mungkin akan dipasarkan di beberapa negara secara terhad.



#Samsung #Exynos 2600 #2-nanometer GAA #Arm v9 3 #Gate-All-Around