awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung saman BOE atas dakwaan curi teknologi OLED, micro LED

Amanz
Amanz
07/04/2025
05:00 MYT
Samsung saman BOE atas dakwaan curi teknologi OLED, micro LED
Samsung menyaman BOE atas tuduhan mencuri teknologi panel OLED dan micro LED melalui bekas kakitangan dan rantaian bekalan. -Gambar fail
SAMSUNG sekali lagi menyaman BOE, kali ini atas tuduhan mencuri teknologi panel mereka.

Ringkasan AI
  • Samsung menyaman BOE atas tuduhan mencuri teknologi panel OLED dan micro LED melalui bekas kakitangan dan rantaian bekalan.
  • ITC sebelum ini memihak kepada Samsung dalam kes paten OLED tetapi tidak mengharamkan import panel BOE ke AS.
  • Saman baharu ini mungkin menyebabkan jualan peranti Oppo, OnePlus, dan Lenovo yang menggunakan panel BOE diharamkan di AS.

Dalam saman yang difailkan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) di Texas, Samsung mendakwa rahsia syarikat dicuri oleh BOE dengan mengambil bekas kakitangan mereka serta melalui rantaian bekalan.
Teknologi yang didakwa dicuri ialah untuk panel OLED dan micro LED.
Pada tahun 2023, Samsung menyaman BOE kerana didakwa melanggar paten panel OLED mereka menerusi ITC.
ITC bersetuju dengan Samsung tetapi tidak mengharamkan import panel BOE ke Amerika Syarikat kerana penggunaan yang rendah.
Semasa saman difailkan, wujud spekulasi ia akan menyebabkan jualan peranti Oppo dan OnePlus diharamkan di Amerika Syarikat kerana mereka menggunakan panel BOE.
Saman baharu ini mungkin langkah Samsung seterusnya bagi mengukuhkan kes ke atas BOE yang akan membuatkan ITC mengeluarkan arahan mengharamkan import masuk peranti.
Selain Oppo dan OnePlus, Lenovo juga menggunakan panel BOE terutamanya pada telefon lipat Razr mereka. -Amanz
Topic Berkaitan
#Samsung
#boe
#curi teknologi
#panel OLED
#micro LED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan