GADGETS
Samsung saman BOE atas dakwaan curi teknologi OLED, micro LED
Samsung menyaman BOE atas tuduhan mencuri teknologi panel OLED dan micro LED melalui bekas kakitangan dan rantaian bekalan. -Gambar fail
SAMSUNG sekali lagi menyaman BOE, kali ini atas tuduhan mencuri teknologi panel mereka.
Ringkasan AI
- Samsung menyaman BOE atas tuduhan mencuri teknologi panel OLED dan micro LED melalui bekas kakitangan dan rantaian bekalan.
- ITC sebelum ini memihak kepada Samsung dalam kes paten OLED tetapi tidak mengharamkan import panel BOE ke AS.
- Saman baharu ini mungkin menyebabkan jualan peranti Oppo, OnePlus, dan Lenovo yang menggunakan panel BOE diharamkan di AS.
Dalam saman yang difailkan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) di Texas, Samsung mendakwa rahsia syarikat dicuri oleh BOE dengan mengambil bekas kakitangan mereka serta melalui rantaian bekalan.
Teknologi yang didakwa dicuri ialah untuk panel OLED dan micro LED.
Pada tahun 2023, Samsung menyaman BOE kerana didakwa melanggar paten panel OLED mereka menerusi ITC.
ITC bersetuju dengan Samsung tetapi tidak mengharamkan import panel BOE ke Amerika Syarikat kerana penggunaan yang rendah.
Semasa saman difailkan, wujud spekulasi ia akan menyebabkan jualan peranti Oppo dan OnePlus diharamkan di Amerika Syarikat kerana mereka menggunakan panel BOE.
Saman baharu ini mungkin langkah Samsung seterusnya bagi mengukuhkan kes ke atas BOE yang akan membuatkan ITC mengeluarkan arahan mengharamkan import masuk peranti.
Selain Oppo dan OnePlus, Lenovo juga menggunakan panel BOE terutamanya pada telefon lipat Razr mereka. -Amanz