Isu pencerobohan sempadan laut dan keselamatan di perairan pantai timur Sabah menjadi antara kebimbangan penduduk di Sandakan.
Mana tidaknya, beberapa insiden ancaman, penculikan dan pembunuhan melibatkan nelayan tempatan masih lagi berlaku.
Dengan jarak sekitar kurang 10 batu nautika (19km) di antara wilayah laut Malaysia dengan wilayah kepulauan negara Filipina seperti Pulau Tawi-Tawi dan Sibutu, ia menjadikan Sandakan antara kawasan berisiko tinggi berdepan ancaman pencerobohan militan dan pengganas.
Sempena 'Sandakan Memilih', Astro AWANI bertemu wanita berusia awal 50-an, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasmah, yang risau akan ancaman keselamatan diri dan keluarganya.
“Kan Sabah ini mudah diceroboh, walaupun orang kata ada anggota keselamatan di sini, kita tengok sahaja. Yang sedia ada pun tidak terkawal, mereka (pendatang asing) boleh sahaja masuk dan keluar dari negara ini.
“Jadi apa maksudnya? Macam mana boleh tembus (masuk ke Malaysia)? Macam mana mereka (anggota keselamatan) jaga? Bukan bidang kita jaga keselamatan ini,” luahnya saat ditanya berkenaan isu ini.
Rasa khuatir, marah dan kecewa itu dikongsi Hasmah pasca tragedi pada 9 April lalu apabila seorang nelayan Malaysia yang menjadi tebusan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 6 Disember tahun lalu dilaporkan meninggal dunia.
Mangsa, Jari Abdullah, 34 tahun, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bandar Zamboanga, Filipina akibat kecederaan parah terkena tembakan di dada dan kepala.
BACA: Suasana pilu iringi pengebumian mangsa culik Abu Sayyaf
BACA: Nelayan tempatan mangsa culik meninggal dunia - Polis Sabah
Hasmah akui, insiden sebegini menyebabkan dia khuatir akan nasib anak dan suaminya yang mencari rezeki sebagai nelayan.
“Anak saya baru bawa kapal. Dia bekerja dengan bapa dia sudah beberapa tahun. Jadi, dia sudah pandai mencari nafkah kerana dia ada isteri dan anak. Saya sebenarnya risau. Apa yang boleh kita buat, itu sahaja kerja yang dia mampu buat.
“Apabila dia (anak dan suami) sampai di darat, baru kita cakap dia selamat sebab mereka tak berani menarik (memukat). Di luar sempadan salah, dekat perairan pun salah. Serba salah. Jadi macam mana?” luahnya kepada Astro AWANI.
Dia yang tidak mahu mengaibkan tugas agensi penguatkuasa di sempadan maritim negara, berharap supaya ada penyelesaian holistik berkenaan ancaman yang dilalui mereka yang hidup sebagai nelayan.
“Macam mana pegawai keselamatan dan tentera ini (bertugas)? Kita tidak mahu memalukan mereka. Nanti kalau kita cakap macam-macam, mereka akan cakap kita ini tak kenang jasa sebagainya.
“Tapi sebenarnya, bagaimana mereka tangani (isu ini) dengan sewajarnya supaya (perairan negara) tidak diceroboh masuk?” soalnya.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kumpulan Daish kini menjadikan Tawau dan Sandakan sebagai transit untuk memasuki Selatan Filipina serta Rakhine, Myanmar.
Malah, Sandakan dan Tawau juga dilaporkan sebagai lokasi transit penyeludupan dadah sebelum dibawa ke negara jiran.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini turut melanjutkan perintah berkurung di kawasan perairan merangkumi tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sehingga 11 Mei ini.
Astro AWANI akan cuba mendapatkan pihak berkuasa keselamatan dalam menjawab isu ini selain persatuan nelayan yang turut dikhabarkan mendepani isu yang sama.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Apr 28 2019

Beberapa insiden ancaman, penculikan dan pembunuhan melibatkan nelayan tempatan masih lagi berlaku. - Foto Astro AWANI/Sujen
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

PRK Pelangai: Wan Rosdy ketuai jentera BN - Ahmad Zahid
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi tidak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan
Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen.

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas
Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu.

'Tolak tepi jumlah jaringan, Harimau Muda perlu menang' - Tierney
"Tolak tepi jumlah jaringan, skuad Harimau Muda perlu menang dalam perlawanan seterusnya." Itu permintaan penyerang skuad bola sepak Harimau Muda, Fergus Tierney.

Kesan fenomena Taufan Super Saola tidak bertahan lama
Azizan berkata, keadaan itu berlaku apabila terdapat angin yang akan mengikut ke kawasan pemusatan taufan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

15 maut dalam kebakaran rumah di Filipina
Tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Taufan Super Saola ancam utara Filipina
Ribut tropika Saola menjadi taufan super pada waktu subuh Ahad, mengancam untuk menurunkan hujan lebat dan angin kencang di utara Filipina, kata biro cuaca negara Filipina.

2 maut, 3 cedera dalam insiden tembakan di Filipina
Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera, termasuk dua pegawai polis apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika melalui sekatan polis di Manila.

1 askar maut, 7 cedera dalam serangan hendap di Filipina
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

China serang kapal Filipina, tingkatkan ketegangan dengan AS
Pada Sabtu, kapal pengawal China menggunakan meriam air ke atas kapal Filipina, yang sedang dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.