#SandakanMemilih: Lebih dua ribu penyokong hadir di Hari Penamaan Calon

Ridzal Abdullah
April 27, 2019 00:31 MYT
Suasana turut riuh oleh teriakan penyokong-penyokong yang berada berdekatan lokasi penamaan calon iaitu di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, dekat sini, pagi Sabtu. - Foto Astro AWANI/Ridzal Abdullah
Dianggarkan lebih 2,000 penyokong semua calon pada Pilihan Raya Kecil Sandakan keluar memberikan sokongan kepada calon mereka dengan berada di luar dewan seawal jam 8 pagi tadi.
Suasana turut riuh oleh teriakan penyokong-penyokong yang berada berdekatan lokasi penamaan calon iaitu di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, dekat sini, pagi Sabtu.
Keadaan kecoh seketika apabila hujan turun menyebabkan penyokong lari mencari tempat berlindung.
Bagaimanapun keadaan terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pengumuman calon yang sah bertanding dijangka akan dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan itu ditutup pada jam 10 pagi.
Turut kelihatan menunggu pusat dibuka, beberapa calon yang disebut-sebut sebelum ini akan bertanding iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung, Datuk Linda Tsen dan Vivian Wong Shir Yee.
Sebelum itu, penyokong calon parti DAP, Vivian Wong berarak dari kawasan BDC ke luar bangunan dewan penamaan calon.
Manakala penyokong Linda Tsen serta calon Bebas yang lain turut berarak dari Bandar Maju, ke lokasi yang sama.
#calon DAP #DAP #penamaan calon #penyokong calon #pilihan raya #pilihan raya kecil #PRK Sandakan #Sandakan memilih #Suruhanjaya Pilihan Raya #Vivian Wong