awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York

Agensi
Agensi
25/09/2023
11:34 MYT
Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York
Ucap Sandiaga, sebagai seorang bapa, beliau terharu dan menjadi momen luar biasa dapat menghantar anak perempuannya ke jinjang pelamin. -IG Sandiaga Uno
NEW YORK: Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dilapor menikahkan anak perempuannya Anneesha Atheera Uno dengan pasangannya, Panji Bahas Dwiprakoso di Masjid Al Hikmah New York, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.
Memetik CNN Indonesia, meskipun hujan turun dengan lebat, Sandiaga Uno tetap hadir dengan memakai persalinan biru cerah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.
Sandiaga Uno menikahkan pasangan ini di hadapan Imam Islamic Centre New York, Ustaz Shamsi Ali sebagai wali nikah, juga dihadiri para saksi iaitu Rosan Roeslani dan Ananto Harjokusumo.
"Ananda Panji Bagas Dwiprakoso bin Haris Widodo, saya nikahkan dan saya kahwinkan kamu dengan anak kandung saya Anneesha Atheera Uno binti Sandiaga Salahuddin Uno kepada engkau dengan mas kawin logam mulia seberat 75 gram dan wang berjumlah USD 2.309 dibayar tunai," ucap Sandiaga Uno.
View this post on Instagram
A post shared by Sandiaga Salahuddin Uno (@sandiuno)
Ucap Sandiaga, sebagai seorang bapa, beliau terharu dan menjadi momen luar biasa dapat menghantar anak perempuannya ke jinjang pelamin.
“Perasaan haru sekali gus gembira bercampur aduk. Tapi Atheera sekarang sudah dewasa, Atheera sudah menemukan pilihan hati.
"Sekarang, papa dan mama hanya boleh mendoakan kalian bahagia, selalu diiringi cinta dan diredhai Allah SWT dunia dan akhirat," tambahnya.
Terdahulu, Sandiaga Uno berharap beliau diberi peluang sekali lagi sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya negara itu pada 2024.
Bagaimanapun, beliau sedia maklum, keputusan mencalonkan pasangan bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden negara itu merupakan hak pucuk pimpinan parti politik.
Topic Berkaitan
#New York
#Sandiaga Uno
#nikah
#Anneesha Atheera Uno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan