awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup bakar wang tunai hampir RM1 juta akibat serbuan SPRM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/07/2025
02:00 MYT
Sanggup bakar wang tunai hampir RM1 juta akibat serbuan SPRM
Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemui wang kertas RM100 berjumlah RM 1 juta yang sudah terbakar. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup bertindak membakar wang tunai hampir RM1 juta akibat terkejut dengan serbuan dijalankan SPRM.
Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan dirumahnya yang terletak di Petaling Jaya, pada Khamis, pasukan pegawai SPRM menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.
Katanya, suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya setelah melihat kehadiran sepasukan pegawai SPRM.
"Selepas pintu rumah berjaya dibuka, pasukan SPRM yang membuat serbuan mendapati keadaan dalam rumah berkenaan dipenuhi asap tebal berpunca dari sebuah bilik mandi.
"Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemui wang kertas RM100 berjumlah RM 1 juta yang sudah terbakar," katanya.
Sumber berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh di rumah suspek, SPRM kemudian menemui wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.
Katanya, kesemua barangan berkenaan kemudian disita SPRM bagi tujuan siasatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai tindakan suspek yang membakar wang kertas berkenaan dan menegaskan bahawa tindakan suspek cuba melupuskan bahan-bahan bukti merupakan satu kesalahan serius yang boleh didakwa di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan serta membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Bagaimanapun beliau berkata, fokus utama siasatan kes ini adalah di bawah seksyen 16 dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#bakar duit
#serbuan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan