awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup rentas daerah, langgar SOP untuk berpesta air ketum

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/02/2021
05:45 MYT
Sanggup rentas daerah, langgar SOP untuk berpesta air ketum
Mereka turut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki air ketum. - Foto PDRM
BUTTERWORTH:Polis Pulau Pinang menahan 10 individu termasuk seorang penjawat awam yang leka 'berpesta' dengan air ketum di sebuah pangsapuri di Butterworth awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 31 tahun itu ditahan selepas pihak polis menyerbu pangsapuri yang dijadikan inap desa sebaik menerima laporan berhubung kegiatan tidak bermoral itu pada jam 1.10 pagi.
Menurut Noorzainy, kesemua mereka ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara yang menjalankan Op Pematuhan COVID-19 dan Op Limau.
Siasatan mendapati kumpulan berkenaan sanggup merentas daerah dan menyewa pangsapuri itu selama tiga hari dua malam dengan bayaran RM300 untuk berhibur.
Kumpulan berkenaan sanggup merentas daerah dan menyewa pangsapuri itu selama tiga hari dua malam untuk berhibur. - Foto PDRM
Kumpulan berkenaan sanggup merentas daerah dan menyewa pangsapuri itu selama tiga hari dua malam untuk berhibur. - Foto PDRM
Noorzainy berkata, mereka menyewa pangsapuri itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sewaktu tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Sebaik tiba di lokasi berkenaan pihak polis mendapati kumpulan itu memasang muzik dengan kuat dan menjadikan rumah itu seperti pusat hiburan.
"Semasa pemeriksaan pihak polis menemui enam bungkusan serta sebotol air ketum dan merampas satu set pembesar suara yang digunakan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi kesalahan itu, kesemua mereka terdiri daripada peniaga, penjawat awam, pekerja kilang dan penghantar barang dikompaun RM1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 4(1) dan 10(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berhimpun untuk aktiviti sosial dan rentas daerah.
Mereka turut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki air ketum. - Foto PDRM
Mereka turut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki air ketum. - Foto PDRM
Selain itu mereka turut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 iaitu memiliki air ketum.
Noorzainy berkata semua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga mendapati mereka negatif dadah.
Topic Berkaitan
#ketum
#berpesta dadah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pesta ketum
#rentas daerah
#langgar SOP
#Seberang Perai
#polis
#Dadah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan