MALAYSIA

Sangka ikan besar di Sungai Kelantan, rupanya wanita hampir lemas

Sinar Harian 15/01/2026 | 09:10 MYT
Engku Aris memegang tangan wanita yang ditemui di Sungai Kelantan. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Dua pemancing terkejut apabila objek dilihat di tengah-tengah Sungai Kelantan di sini yang disangkakan ikan besar rupanya-rupanya seorang wanita yang hanyut hampir lemas pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Dua pemancing menyelamatkan wanita berusia lingkungan 50-an yang hampir lemas di Sungai Kelantan pada Khamis pagi.
  • Wanita tersebut ditemui dalam keadaan lemah oleh pemancing, Engku Aris Raja Yaacob, 68, dan rakan di kawasan berdekatan Jeti Feri.
  • Pasukan marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut terlibat dalam operasi menyelamatkan wanita tersebut sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui pada jam 8.30 pagi.

Salah seorang pemancing, Engku Aris Raja Yaacob, 68, dan rakan kemudian berjaya menyelamatkan mangsa dengan membawanya ke tebing.

“Kami masing-masing mengemudi satu bot, mula-mula kawan saya nampak sesuatu yang tenggelam timbul dan melambai ke arah saya.

“Kami ingatkan ikan, apabila datang dekat memang terkejut rupa-rupanya wanita dengan keadaan nyawa-nyawa ikan,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Kedua-dua pemancing itu sebelumnya baru lima minit turun mengemudi bot dari Jeti Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat, melalui Sungai Kelantan untuk memancing di kawasan berhampiran sebelum menjumpai mangsa di kawasan berdekatan Jeti Feri, di sini.

“Saya pegang tangan dia untuk dibawa ke tebing dan kemudian segera menghubungi talian kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Mansor Ab Rashid berkata, enam anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita tidak pasti warganegara dalam keadaan masih bernyawa berada di tebing sungai dengan dikawal bot orang awam.

"Mangsa diangkat ke darat dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan tindakan lanjut," katanya. -Sinar Harian





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditemui oleh dua pemancing di Sungai Kelantan yang memerlukan tindakan penyelamatan?
    A: Seorang wanita berusia lingkungan 50-an hampir lemas ditemui di tengah sungai dan diselamatkan oleh dua pemancing.
  • Q: Bagaimana wanita tersebut ditemui oleh pemancing di Sungai Kelantan?
    A: Wanita tersebut ditemui oleh pemancing apabila salah seorang daripada mereka melihat sesuatu yang tenggelam timbul dan kemudian terkejut apabila menyedari ia adalah seorang wanita hampir lemas.
  • Q: Bagaimana proses penyelamatan dilakukan oleh dua pemancing?
    A: Dua pemancing tersebut membawa wanita tersebut ke tebing dengan menggunakan bot sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh Pegawai Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut?
    A: Pegawai Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan enam anggotanya bergegas ke lokasi untuk membantu menyelamatkan wanita tersebut sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
  • Q: Di manakah lokasi kejadian penyelamatan wanita yang hampir lemas di Sungai Kelantan itu berlaku?
    A: Kejadian penyelamatan wanita yang hampir lemas di Sungai Kelantan berlaku berdekatan dengan Jeti Feri, di sini, selepas kedua pemancing turun dari Jeti Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat, untuk memancing di kawasan berhampiran.



#hampir lemas #pemancing #Sungai Kelantan #jeti feri