awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia kekal kuasa ketenteraan kedua dunia pada awal 2026 - Global Firepower
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
10/03/2024
13:30 MYT
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Pengerusi Bersama MTPN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru itu, Muhammad Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat. - Gambar fail
KULIM: Sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum terutama di pentas ceramah politik menyebabkan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah tidak diadakan.
Pengerusi Bersama MTPN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru itu, Muhammad Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.
"Mesyuarat-Mesyuarat rasmi kerajaan ada yang bertaraf rahsia besar, bertaraf sulit dan kalau dia hadir mesyuarat Persekutuan kemudian balik hanya untuk memperlekeh apa yang berlaku dalam mesyuarat maka dia seorang yang tak jaga dekorum.
"Dia tak perlu mengadu kenapa mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri tidak dibuat... Saya dapati apabila dia balik dari mesyuarat itu, dia gunakan maklumat dalam mesyuarat untuk ceramah kepada PAS cawangan sedangkan maklumat yang disampaikan tidak memberi gambaran sebenar," katanya.
Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Polis Diraja Malaysia Kedah bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
Pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Khamis lepas, Muhammad Sanusi mendakwa Saifuddin Nasution tidak pernah memanggil beliau bermesyuarat bagi membincangkan projek infrastruktur Kerajaan Persekutuan di negeri itu sejak majlis tersebut ditubuhkan.
Saifuddin Nasution juga berkata tiada sebarang kesan terhadap tugas dan peranan beliau sebagai Pengerusi Bersama MTPN dalam memantau pelaksanaan projek Persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat tidak diadakan bersama Muhammad Sanusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Saifuddin Nasution Ismail
#hebah maklumat penting mesyuarat
#MTPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan