SUNGAI BAKAP: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Pengarah strategi PKR, Akmal Nasrullah di Padang Taman Pekatra, Simpang Ampat, Pulau Pinang pada petang Ahad.
Kekalahan pasukan PN dengan jaringan 3 berbalas 2 kepada pasukan Pakatan Harapan (PH) itu disifatkan adat dalam setiap pertandingan.
Bagi Menteri Besar Kedah itu, apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pemain selain sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong masing-masing membuktikan sukan boleh sepak dapat menyatupadukan masyarakat.
"Kalah atau menang itu belakang kira, ini semangat kesukanan yang perlu kita tunjukkan.
"Bagi saya, penganjuran perlawanan persahabatan ini membuktikan kita dapat berpolitik secara matang walaupun masing-masing giat berkempen untuk calon masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap pada masa ini," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tamat perlawanan pada petang Ahad.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Muhammad Sanusi berkata, biarpun tewas di padang namun dia yakin pihaknya akan menang di luar (PRK Sungai Bakap) yang akan ditentukan oleh pengundi pada Sabtu depan.
Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan PH dan PN yang julung kali diadakan dalam kempen pilihan raya dicetuskan oleh Akmal yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada Ahad lalu melalui pentas ceramah kempen PH di Sungai Bakap.
Akmal berkata, beliau menjemput Muhammad Sanusi serta jentera PN untuk berentap dalam perlawanan persahabatan bola sepak sempena PRK Sungai Bakap bagi merancakkan lagi kempen yang diadakan.
Selain itu katanya, melalui penganjuran perlawanan itu ia mampu mendekati anak muda khususnya masyarakat di Sungai Bakap.
Bagaimanapun berlaku kontroversi pada Sabtu apabila perlawanan persahabatan bola sepak yang dicadang itu dikatakan terpaksa dibatalkan berikutan tiada kata akhir yang diterima daripada pihak Muhammad Sanusi.
Kehadiran lebih 500 penonton dan penyokong daripada kedua-dua pasukan juga memeriahkan perlawanan berkenanan tanpa melibatkan sebarang insiden pergaduhan dan provokasi.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 30 2024
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kanan) pada perlawanan bola persahabatan di antara pasukan Akmal menentang pasukan Sanusi. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.