Sanusi tiba di mahkamah, masuk ikut 'pintu belakang'

Ridauddin Daud
Julai 18, 2023 01:20 MYT
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada jam 8.55 pagi melalui pintu belakang iaitu di laluan bertentangan dengan lokasi media berkumpul. - Gambar fail
SELAYANG: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada jam 8.55 pagi.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
Menerusi semakan laman mahkamah, Muhammad Sanusi akan didakwa di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Kenderaan polis yang membawa beliau masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.55 pagi sebelum Menteri Besar Kedah itu difahamkan masuk ke laluan bertentangan dengan lokasi media berkumpul.
Bagaimanapun, petugas media masih bersedia di lobi mahkamah untuk mengikuti sebarang sidang media, sekiranya ada.
Muhammad Sanusi, 48, yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat tenang dan tersenyum kepada pihak media ketika berjalan masuk ke bangunan berkenaan.
[TERKINI] Menteri Besar Kedah didakwa di Mahkamah Selayang hari ini
#Sanusi didakwa #Sanusi ditahan polis 3 pagi #Mahkamah Sesyen Selayang #MB Kedah ditahan polis