awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR dua pelancong China yang hilang di Pulau Mantanani ditamatkan

Bernama
Bernama
12/10/2025
11:30 MYT
SAR dua pelancong China yang hilang di Pulau Mantanani ditamatkan
Operasi pencarian berkala tetap diteruskan melalui rondaan Maritim Malaysia. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Selepas tujuh hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pelancong warga China yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud sejak 5 Okt, ditamatkan hari ini sehingga ada petunjuk baharu.

Ringkasan AI
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pelancong warga China yang hilang sejak 5 Oktober di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud ditamatkan selepas tujuh hari, namun rondaan berkala oleh APMM akan diteruskan sehingga ada petunjuk baharu.
  • Operasi melibatkan 95 anggota daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, APMM, bomba, Pasukan Polis Marin, Unit Dron dan APM, serta dibantu penduduk kampung dan operator resort pelancongan.
  • Mangsa dikenali sebagai Yu Xiapeng, 25, dan Fan Qin, 28, dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ketika menginap di Sutera Mantanani Resort, dan masih belum ditemukan sehingga kini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan operasi pencarian berkala tetap diteruskan melalui rondaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
"Mangsa masih belum ditemukan dan daripada perbincangan dengan semua agensi penyelamat, operasi ditamatkan pada 11:30 pagi hari ini sehingga mendapat petujuk baru," menurut kenyataan itu.
Operasi yang bermula sejak minggu lepas itu, melibatkan kekuatan 95 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, bomba, Pasukan Gerakan Udara (Unit Dron), Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Selain itu, operasi turut dibantu penduduk kampung serta operator resort pelancongan di sekitar Pulau Mantanani, yang memainkan peranan penting sepanjang tujuh hari pencarian dijalankan.
Pada 5 Okt dua pelancong warga China, dikenali sebagai Yu Xiapeng, 25, dan Fan Qin, 28, dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ketika menginap di Sutera Mantanani Resort, Pulau Mantanani, Kota Belud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi sar
#Pelancong China
#pelancong hilang
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan