awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR kanak-kanak lemas di Pantai Batu Rakit diteruskan - Bomba

Bernama
Bernama
10/01/2026
05:15 MYT
SAR kanak-kanak lemas di Pantai Batu Rakit diteruskan - Bomba
Operasi giat diteruskan pasukan SAR di kawasan pesisir pantai dan laut untuk mengesan mangsa. - Gambar/ Media sosial
KUALA NERUS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas petang semalam, diteruskan 9 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki lima tahun yang lemas di Pantai Batu Rakit diteruskan oleh 26 anggota penyelamat dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Usaha pencarian diperluas sehingga ke kawasan sepanjang lapan kilometer di Pantai Batu Rakit dengan menggunakan bot jenis kevlar, walaupun menghadapi kesukaran disebabkan oleh cuaca buruk dan ombak besar sejak malam sebelumnya.
  • Operasi SAR giat diteruskan di kawasan pesisir pantai dan laut untuk mengesan Muhammad Zarif Mohd Hazahari, kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak semalam ketika bermain di tepi pantai.

Ketua Bomba Balai dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata usaha pencarian itu diperluas sehingga ke kawasan sepanjang lapan kilometer di Pantai Batu Rakit.
Beliau berkata sebanyak 26 anggota penyelamat digerakkan untuk kerja-kerja pencarian menggunakan bot jenis kevlar.
"Anggota terlibat termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan bomba sukarela.
"Kita berdepan sedikit kesukaran berikutan keadaan cuaca dan ombak besar sejak malam tadi," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pantai Batu Rakit di sini hari ini.
Azmi berkata operasi giat diteruskan pasukan SAR di kawasan pesisir pantai dan laut untuk mengesan mangsa.
Dalam kejadian kira-kira 6.43 petang semalam, seorang kanak-kanak Muhammad Zarif Mohd Hazahari dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak.
Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya dan mangsa yang ingin membasuh kaki di gigi air dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Pantai Batu Rakit
#operasi sar
#kanak-kanak lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan