Selepas 55 jam terperangkap di dalam kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, seorang daripada 14 mangsa berjaya diselamatkan.
Mangsa dibawa ke jeti pangkalan nelayan Pantai Leka, sekitar 3.20 petang tadi dengan menggunakan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Astro AWANI difahamkan mangsa ditemui pasukan penyelamat di bahagian dalam kapal berkenaan.
Bagaimanapun identiti mangsa yang berjaya diselamatkan belum dikenal pasti manakala usaha mengesan 13 lagi anak kapal yang terperangkap giat dijalankan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan lanjut.
Satu sidang media dijangka diadakan oleh pihak Maritim Malaysia.
Kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 dengan 18 orang anak kapal itu terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari jeti pangkalan sekitar 7.50 pagi Rabu.
BACA: Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar
Tiga mangsa ditemui selamat, manakala seorang daripadanya disahkan mati lemas.
Raffi Bachik
Fri Mar 23 2018
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan lanjut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat
Pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Leka, Parit Jawa di sini bagi mengesan baki sembilan lagi mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditutup pada 12 tengah hari ini.
Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang
Operasi membabitkan pasukan penyelam dari TLDM, Maritim dan penyelam profesional telah dihentikan susulan pemeriksaan terhadap kapal itu selesai.
SAR jumpa dua lagi mayat mangsa kapal korek terbalik
Dua mayat berkenaan, telah dibawa naik ke Jeti Nelayan Pantai Leka Parit Jawa pada jam 11.10 pagi dan 12 tengahari tadi.
SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung
Satu mayat dipercayai 12 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditemui terapung di Perairan Parit Jawa lewat petang ini.
SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan
Selepas 55 jam terperangkap di dalam kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, seorang daripada 14 mangsa berjaya ditemui selamat.
Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan
Bunyi ketukan hari ini memberi harapan kepada pasukan SAR ada mangsa masih selamat dalam kapal korek yang terbalik Rabu lalu.
Keluarga masih berharap 'Aca' selamat
Anggota keluarga Mohd Akashah Azizan, 25, seorang daripada 14 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang dipercayai masih terperangkap dalam perut kapal tersebut masih berharap beliau selamat.