CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, di sini disambung semula pagi ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Md Gezani Md Ghazi berkata operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
"SAR turut disertai pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya," katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Bomba di lokasi insiden itu hari ini.
Beliau berkata dua ekor anjing pengesan (K9) JBPM turut digerakkan bagi membantu operasi yang menumpukan sektor tengah runtuhan berhampiran lokasi dua mayat mangsa ditemukan semalam, dalam radius 50 meter.
Menurut Md Gezani pemantauan oleh pihak JMG di lokasi setakat ini mendapati tiada pergerakan tanah baharu, namun operasi menyelamat terpaksa dihentikan sekiranya berlaku hujan lebat.
Tinjauan Bernama mendapati pasukan SAR dilihat membawa pelbagai peralatan menggali seperti cangkul, kit barangan asas serta pengusung dalam keadaan gerimis.
Mereka perlu berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk menuju ke lokasi runtuhan berikutan lokasi berkenaan tidak dapat diakses menggunakan kenderaan akibat berbukit.
Semalam, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan.
Pada kira-kira 2.40 pagi semalam, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas dua rumah pekerja yang dihuni kesemua mangsa ditimbus dalam insiden tanah runtuh itu.
Sementara itu, Md Gezani berkata pasukan SAR sedang berusaha mencipta laluan baharu bagi membolehkan mereka membawa masuk jentera berantai ke lokasi runtuhan bagi memudahkan pencarian.
"Kita kemungkinan memasuki kawasan kebun dengan jentera itu dan akan melaksanakannya dengan kebenaran polis. Kita akan cuba dengan kaedah lain sekiranya perlu," katanya.
Semalam, pasukan SAR berdepan laluan sukar melakukan pencarian mangsa secara manual menggunakan cangkul dan penyodok apabila jentera berat tidak boleh memasuki kawasan runtuhan susulan keadaan tanah lembik akibat hujan serta jalan yang sempit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Anggota JBPM memulakan operasi pada hari kedua mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands pada kira-kira 8.30 pagi hari ini. -- fotoBERNAMA
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Yang Di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China selama empat hari bermula semalam.
Tentera Israel bunuh, buang jasad mangsa dari bumbung bangunan
Pihak tentera Israel dilaporkan sedang menyiasat satu video yang menunjukkan anggotanya menolak jasad yang kelihatan seperti mayat dari bumbung sebuah bangunan di Tebing Barat.
Bekas pekerja dirogol, Harrods mohon maaf
Sebuah gedung mewah di London, Harrods pada Jumaat membuat permohonan maaf berhubung dakwaan bekas pemiliknya, Mohamed Al Fayed yang dilaporkan merogol serta melakukan serangan seksual beberapa bekas pekerja wanitanya.
Seorang hakim maut ditembak beberapa kali
Seorang hakim maut ditembak di sebuah Mahkamah Letcher County, Kentucky, Amerika Syarikat oleh seorang sherif pada Khamis waktu tempatan.
Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.
PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
SFZ Forest City tawar kadar cukai sifar peratus untuk "family office"
Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk “family office” atau firma pengurusan individu kaya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pencari madu lebah parah diserang beruang
Seorang lelaki cedera parah akibat diserang beruang ketika mencari madu lebah di kawasan hutan paya Sungai Bari dekat Kampung Bukit Putera, Chalok, Terengganu petang Khamis.
Tambahan parkir tangani kesesakan lalu lintas Cameron Highlands
Kerajaan Pahang komited menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan Cameron Highlands terutama di kawasan Kea Farm, Brinchang dengan penambahan tempat letak kereta.
Gaduh di Cameron Highlands: Polis cari suspek dikenali sebagai 'Deni'
Polis sedang mengesan suspek dikenali sebagai 'Deni' bagi membantu siasatan kes pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia di Cameron Highlands.
Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands
Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis lepas.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.