MALAYSIA
SARA bantu rakyat, ekonomi tempatan, lebih 80 peratus penerima sudah tebus
SARA diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan sebagai inisiatif bantuan tunai bersasar kepada isi rumah berpendapatan rendah, khususnya kumpulan B40. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui penglibatan kedai runcit kecil di seluruh negara.
Ringkasan AI
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini lebih 80 peratus penerima yang layak telah menebus bantuan tersebut, manakala baki 20 peratus belum menebus bantuan tersebut.
“Saya harap golongan berpendapatan tinggi termasuk menteri dan ahli Parlimen tidak mengambil bantuan ini supaya dana tersebut dapat disalurkan semula kepada rakyat miskin mulai tahun 2026,” katanya.
Anwar bagaimanapun berkata, jika bantuan tersebut digunakan untuk membantu jiran atau keluarga yang memerlukan, langkah itu dianggap wajar dan selaras dengan semangat saling membantu dalam masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar).
Iskandar meminta Anwar menyatakan apakah kemajuan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.
Menjelaskan mengenai kesan ekonomi program itu, beliau berkata kini lebih 2,000 kedai kecil di kawasan luar bandar dan daerah telah mendapat manfaat melalui platform SARA berbanding hanya sekitar 180 kedai sebelum ini.
“Melalui SARA, kita bukan sahaja membantu isi rumah B40 mendapatkan keperluan asas, tetapi pada masa sama turut mengembangkan perniagaan kecil di kampung dan pekan kecil,” katanya.
Beliau menambah, sekiranya keadaan ekonomi kekal baik, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program SARA selepas tahun 2026 kerana ia antara inisiatif yang diterima baik oleh rakyat.
“SARA ini memang disenangi rakyat kerana mereka boleh membeli sendiri keperluan harian menggunakan bantuan tersebut dan pada masa sama membantu perniagaan tempatan,” katanya.
SARA diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan sebagai inisiatif bantuan tunai bersasar kepada isi rumah berpendapatan rendah, khususnya kumpulan B40.
Bantuan ini bertujuan membantu penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur di kedai runcit terpilih yang berdaftar di bawah platform SARA.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lebih 80 peratus penerima layak telah menebus bantuan SARA, yang bukan sahaja meringankan beban isi rumah B40 tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui penglibatan lebih 2,000 kedai runcit kecil.
- Beliau menyeru agar golongan berpendapatan tinggi termasuk menteri dan ahli Parlimen tidak mengambil bantuan tersebut, agar dana dapat disalurkan semula kepada golongan miskin mulai tahun 2026, kecuali jika digunakan untuk membantu pihak lain yang memerlukan.
- Anwar menyatakan bahawa program SARA akan diteruskan selepas 2026 sekiranya keadaan ekonomi kekal baik, kerana ia merupakan inisiatif yang diterima baik oleh rakyat dan membantu memperkukuh perniagaan kecil di luar bandar.