awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak agih 1,328 pek makanan, bantuan mangsa banjir di Miri

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
15/09/2022
03:00 MYT
Sarawak agih 1,328 pek makanan, bantuan mangsa banjir di Miri
Anggota APM Sarawak memeriksa bangunan yang dinaiki air. - Foto APM Sarawak
KUCHING: Sejumlah 24 kawasan perkampungan dan 19 buah sekolah di tiga daerah dalam bahagian Miri terjejas dengan bencana banjir yang mula berlaku sejak 10 September lalu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata, bacaan paras air di beberapa kawasan di daerah Beluru, Telang Usan dan Marudi itu masih berada pada paras antara 2.71 meter (m) sehingga 11.35m.
Laporan tersebut turut memberitahu sejumlah 1,328 pek makanan telah disediakan untuk dihantar je 20 lokaliti terjejas di kawasan pedalaman antaranya sekolah, rumah panjang dan klinik kesihatan.
Anggota APM Sarawak memeriksa paras air di sungai. - Foto APM Sarawak
Anggota APM Sarawak memeriksa paras air di sungai. - Foto APM Sarawak
“Penghantaran pek makanan ini telah mula diagihkan sejak 14 September yang dianggarkan akan mengambil masa dua ke tiga hari perjalanan menggunakan mod pengangkutan air.
“Setakat ini sejumlah RM277,900 bantuan telah diagihkan kepada 1,941 keluarga yang terjejas banjir di 45 kawasan merangkumi 5,558 ahli keluarga di Miri,” katanya menerusi satu laporan pada Khamis.
Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.
Sementara Daerah Marudi mencatatkan kawasan paling teruk terjejas banjir melibatkan tujuh buah sekolah dan 18 kawasan.
Antaranya di SMK Tutoh Apoh, Sk Long Panai, Kampung Long Panai, Kampung Long Patan Batu Belah, dan Rumah Vincent Kampung Tanjung Upar.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#pek makanan
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan