MALAYSIA
Sarawak akan laksana program ILID untuk tingkat infrastruktur logistik
Lee berkata setakat ini projek tersebut mengalami sedikit kelewataan disebabkan proses tender semula bagi pakej kera-kerja tanah. - Foto fail/BERNAMA
SIBU: Kerajaan Sarawak merancang untuk melaksanakan program Pembangunan Infrastruktur Logistik Bersepadu (ILID) di seluruh negeri itu bagi meningkatkan ekosistem logistik serta menyokong pertumbuhan ekonomi mampan.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata program ILID mempunyai kepentingan strategik kepada sektor pengangkutan Sarawak, yang bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan parkir haram di tepi jalan tetapi juga menambah baik aspek keselamatan jalan raya, mengoptimumkan kecekapan operasi dan melancarkan pergerakan barangan serta orang ramai.
Beliau berkata Terminal Lori Miri, iaitu hab pengangkutan lori bersepadu pertama di Sarawak, merupakan satu daripada projek di bawah program ILID dan dijangka dapat membantu menyelaras operasi lori dengan lebih berkesan apabila siap kelak.
"Terminal ini akan mengurangkan kesesakan di jalan bandar dan menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi pemunggahan masuk dan keluar barangan, penyelenggaraan kenderaan serta kawasan rehat untuk pemandu sekali gus meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengangkutan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Malam Ulang Tahun ke-40 Persekutuan Persatuan Lori Sarawak dan Ulang Tahun ke-55 serta Pelantikan Jawatankuasa Baharu Persatuan Lori Sibu dan Persatuan Pemilik Lori Kuching Samarahan di sini malam tadi.
Lee berkata setakat ini projek tersebut mengalami sedikit kelewataan disebabkan proses tender semula bagi pakej kera-kerja tanah.
"Kita menyasarkan untuk memuktamadkan pemberian kontrak menjelang September 2025 dan sebaik sahaja dimuktamadkan, fasa pembinaan seterusnya akan dimulakan secepat mungkin. Kementerian Pengangkutan Sarawak akan terus memantau perkembangan projek ini bagi memastikan pelaksanaan berjalan mengikut jadual demi manfaat semua pihak berkepentingan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata projek Terminal Lori Bintulu pula masih di peringkat perancangan dengan perbincangan sedang dijalankan berhubung model operasi dan lokasi tapak.
"Bagi kawasan Sibu dan tempat-tempat lain di Sarawak, kita masih mengenal pasti lokasi yang sesuai. Kita berharap persatuan pengendali lori dapat bekerjasama secara aktif dengan MOTS untuk melancarkan proses perancangan ini," katanya.
Beliau menegaskan kerajaan Sarawak amat menitikberatkan pembangunan sektor logistik dan pengangkutan terutamanya pengangkutan lori serta komited untuk bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam mewujudkan persekitaran operasi yang lebih selamat dan efisien.
Sementara itu, Lee berkata Sarawak juga akan menguatkuasakan peraturan kerajaan Persekutuan yang mewajibkan pemasangan peranti had laju (SLD) pada kenderaan perdagangan, dengan fasa pertama dijadualkan bermula pada 1 Okt depan.
Beliau mengakui terdapat kebimbangan dalam kalangan pengendali lori terutamanya berkaitan kos pemasangan, pemilihan model dan prosedur pelaksanaan, namun peraturan tersebut diperkenalkan bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya.
"Saya faham akan kebimbangan mengenai kos tambahan tetapi dalam jangka masa panjang manfaatnya termasuk mengurangkan kemalangan, kos pembaikan kenderaan dan insurans yang lebih rendah, serta imej korporat yang lebih baik bagi syarikat pengangkutan sekali gus menunjukkan komitmen industri terhadap keselamatan dan tanggungjawab sosial," katanya.
-- BERNAMA