awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April

Bernama
Bernama
22/03/2022
08:35 MYT
Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Berdasarkan SOP terbaharu yang diumumkan Majlis Islam Sarawak (MIS), semua aktiviti pengimarahan masjid, surau serta aktiviti sosial di premis-premis berkenaan dibenarkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal. - Gambar fail
KUCHING: Sarawak membenarkan solat fardu dan sunat, khutbah serta wirid di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang diumumkan Majlis Islam Sarawak (MIS), semua aktiviti pengimarahan masjid, surau serta aktiviti sosial di premis-premis berkenaan dibenarkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal.
Pengurusan dan pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 turut dibenarkan dengan penjarakan fizikal.
"SOP itu masih mengekalkan keperluan memakai pelitup muka sepanjang masa, pendaftaran kehadiran melalui MySejahtera, menggalakkan penggunaan sejadah atau alas sujud sendiri.
"Individu yang masih dalam tempoh kuarantin COVID-19 atau yang mempunyai gejala demam, selesema, batuk atau sesak nafas dilarang menghadiri solat dan semua aktiviti di masjid serta surau," menurut MIS dalam kenyataan hari ini.
MIS memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau bertanggungjawab menguatkuasakan pelaksanaan SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19
#Majlis Islam Sarawak
#aktiviti pengimarahan masjid surau aktiviti sosial
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan