awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
24/01/2022
23:00 MYT
Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang Tahun Baharu Cina
JPBN Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Jan ini menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hari berikutnya. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Jan ini menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hari berikutnya (1 Feb).
JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut JPBN, acara makan keluarga itu bagaimanapun dihadkan untuk ahli keluarga pada kapasiti kehadiran 50 peratus mengikut saiz rumah atau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk restoran.
Aktiviti ziarah juga dibenarkan pada hari pertama dan kedua sahaja dalam kalangan ahli keluarga namun rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan tidak dibenarkan, menurut JPBN.
"Upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). Sambutan Chap Goh Mei (penghujung sambutan Tahun Baharu Cina) hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja," menurut kenyataan itu.
Aktiviti tarian singa pula dibenarkan beroperasi mulai 1 hingga 4 Feb dari 6 pagi hingga 6 petang diikuti dari 6 pagi hingga 10 malam pada 15 Feb (Chap Goh Mei).
"Jumlah ahli pasukan yang terlibat hendaklah tidak melebihi 12 orang. Persembahan hanya dibenarkan di kawasan luar rumah, luar rumah ibadat dan luar premis sahaja serta tertakluk dengan permohonan daripada penganjur, pemilik dan tuan rumah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baru Cina
#JPBN Sarawak
#Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara
#Aktiviti ziarah dibenarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan