NATIONAL
Sarawak benarkan sektor ekonomi beroperasi semula 12 Mei ini

Garis panduan pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan oleh pihak JPBN Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan sektor ekonomi dibuka semula bermula 12 Mei ini di seluruh negeri.
Keputusan dicapai selepas sekretariat itu meneliti laporan yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.
"JPBN memutuskan aktiviti sektor ekonomi dibuka dan dibenarkan beroperasi mulai 12 Mei 2020 di seluruh Sarawak.
"Garis Panduan (SOP) pengoperasian telah disediakan dan sedang dimaklumkan kepada semua pihak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan dilarang. Pihak yang berhasrat membuka semula aktiviti ekonomi hendaklah memaklumkan kepada jpbn bahagian masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Sabtu.
Katanya, kedua-dua aspek kesihatan dan ekonomi diambil kira demi kepentingan semua pihak.
"Oleh itu garis panduan pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan bagi memastikan langkah-langkah pematuhan dan pencegahan dipatuhi," katanya.
Daripada empat kes itu, masing-masing dua kes dari Daerah Kuching dan Tebedu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami