Sarawak mempunyai potensi besar sebagai pengeluar nanas negara, sehubungan itu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagai agensi peneraju utama pembangunan industri nanas sedang giat mempromosikan tanaman itu di negeri ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata LPNM yang mula beroperasi di negeri Sarawak pada tahun 2010 telah memberi bantuan kepada kira-kira 600 penanam nanas di seluruh negeri ini sehingga penghujung tahun 2017 dengan keluasan tanaman 800 hektar.
Menurut Nogeh, kerajaan telah mengenal pasti nanas sebagai satu sumber kekayaan baharu yang apabila diusahakan secara serius dan bersungguh-sungguh serta penuh komitmen mampu meraih pulangan yang sangat memuaskan.
"Nanas merupakan tanaman yang sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber pendapatan yang lumayan," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan skim bantuan penanaman nanas LPNM di Kampung Stenggang di sini malam tadi.
Seramai 10 peserta menerima bantuan berkenaan yang masing-masing bernilai RM5,500 seorang merangkumi bantuan benih, racun, baja dan hormon.
Nogeh berkata bagi tahun 2018 LPNM menyasarkan pertambahan kawasan baharu sejumlah 80 hektar di Sarawak.
Selain penanaman nanas Moris (Sarikei) dan nanas N36 yang terus mendapat permintaan yang tinggi, LPNM sedang giat mempromosikan penanaman nanas premium MD2 untuk tujuan eksport memandangkan ia mendapat permintaan sangat tinggi di pasaran dunia termasuk di China.
Katanya, projek perintis penanaman nanas premium MD2 seluas lapan hektar telah dilaksanakan di Kampung Padang Pan, Bau dan akan dikembangkan ke kawasan lain setelah menghasilkan bibit yang mencukupi kelak.
"Dengan potensi yang sangat luas, Sarawak dilihat mampu membantu melonjakkan industri nanas negara dan peluang ini patut direbut oleh rakyat negeri ini," katanya.
Pada majlis itu Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading turut menyampaikan bantuan kewangan kepada lebih 100 ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Bagi tahun 2018 LPNM menyasarkan pertambahan kawasan baharu sejumlah 80 hektar di Sarawak. - Foto fail Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sarawak berpotensi besar pengeluar nanas negara
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagai agensi peneraju utama pembangunan industri nanas sedang giat mempromosikan tanaman itu di negeri ini.