MALAYSIA
Sarawak bina kampus baru Swinburne untuk aktiviti penyelidikan - Abang Johari
Abang Johari (dua, kanan) hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena ulang tahun ke-25 Kampus Swinburne Sarawak di Kuching malam tadi. - Facebook UKAS
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menubuhkan satu lagi kampus Universiti Teknologi Swinburne di Sarawak yang akan menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti penyelidikan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif itu selaras dengan agenda pembangunan negeri, khususnya dalam memajukan penyelidikan dan inovasi di bawah empat bidang pembangunan Sarawak.
Beliau berkata empat bidang berkenaan ialah tenaga, hidrogen, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta hab semula jadi melalui biojisim.
"Kerajaan negeri komited untuk membangunkan pusat penyelidikan sains bahan bagi memperkukuh kapasiti penyelidikan serta melahirkan kepakaran tempatan dalam bidang ini.
"Setakat ini, saya belum memberi kelulusan sepenuhnya...tetapi 10 ekar (4.047 hektar) tanah telah dikenal pasti untuk pembinaan pusat ini, yang akan menjadi hab bagi melahirkan penyelidik dalam sains bahan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala sempena ulang tahun ke-25 Kampus Swinburne Sarawak di sini malam tadi.
Menurut Abang Johari, kawasan untuk kampus baharu yang dicadangkan boleh diperluaskan sehingga 15 ekar (6.07 hektar) sekiranya saiz awal tidak mencukupi untuk menampung teknologi terkini yang diperlukan bagi menganalisis bahan yang boleh diproses menjadi produk berkualiti tinggi.
Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Naib Canselor dan Presiden Swinburne University of Technology Prof Pascale Quester serta Pengerusi Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak Datuk Amar Jaul Samion.
-- BERNAMA