awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dakwa Petronas Carigali beroperasi tanpa lesen di Terminal Miri

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2025
04:46 MYT
Sarawak dakwa Petronas Carigali beroperasi tanpa lesen di Terminal Miri
Sarawak memberi Petronas 21 hari untuk memohon lesen operasi atau menghadapi tindakan undang-undang berkaitan Terminal Miri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak dilaporkan telah mengeluarkan notis undang-undang kepada Petronas Carigali Sdn Bhd kerana didakwa menjalankan operasi tanpa lesen di Terminal Minyak Mentah Miri.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Sarawak mengeluarkan notis undang-undang kepada Petronas Carigali, mendakwa syarikat itu beroperasi tanpa permit di Terminal Minyak Mentah Miri, melanggar Ordinan Pengagihan Gas 2016.
  • Sarawak terus memperkukuh kawalan terhadap sumber minyak dan gasnya, dengan tindakan ini mencerminkan ketegangan berpanjangan antara kerajaan negeri dan Petronas, sejajar dengan usaha negeri untuk mendapatkan lebih autonomi.
  • Petros ditubuhkan pada 2017 sebagai langkah strategik bagi mengawal selia industri minyak dan gas di Sarawak, sementara rundingan dan pertikaian undang-undang dengan Kerajaan Persekutuan terus berlanjutan.

Menurut laporan media, Kerajaan Negeri mendakwa anak syarikat huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016, yang mensyaratkan setiap entiti memperoleh lesen untuk mengurus saluran paip gas.
Notis bertarikh 30 April itu memberikan tempoh 21 hari kepada Petronas Carigali untuk memohon dan mendapatkan lesen yang diperlukan, dan kegagalan mematuhinya boleh membawa kepada denda di bawah Seksyen 21A ordinan tersebut.
Tindakan undang-undang ini mencerminkan ketegangan yang berpanjangan antara kerajaan negeri Sarawak dan syarikat minyak nasional itu, sejajar dengan usaha Sarawak untuk memperkukuh kawalan terhadap sumber minyak dan gasnya.
Sarawak dakwa petronas carigali operasi tanpa lesen
Sebagai langkah strategik, Sarawak menubuhkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) pada 2017 untuk mengawal selia aktiviti huluan dan hiliran industri minyak serta gas di negeri tersebut.
Desakan Sarawak terhadap autonomi kawal selia meletakkannya dalam kedudukan yang bertentangan dengan Petronas, yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 dan memiliki hak eksklusif ke atas sumber hidrokarbon negara.
Rundingan dan pertikaian undang-undang antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terus berlarutan sejak beberapa tahun lalu, mencerminkan tekad Sarawak memperkukuh pelaksanaan kuasa perundangannya.
Astro AWANI telah menghubungi Petronas untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu ini.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petros
#Sarawak
#Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan