awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dibenarkan beli sendiri vaksin - Uggah

Bernama
Bernama
23/04/2021
06:31 MYT
Sarawak dibenarkan beli sendiri vaksin - Uggah
Menurut Douglas Uggah Embas, Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberi tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi kegunaan rakyatnya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin di Putrajaya, baru-baru ini.
Sehubungan itu katanya, Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberi tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.
"... jadi kita sekarang sedang berbincang dengan pihak dan badan berkaitan supaya kita boleh menyelesaikan pembelian vaksin yang akan digunakan sebagai simpanan sekiranya ada masalah pembekalan dari Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini hari ini.
Seramai 1,278 individu daripada golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun dijadualkan menerima suntikan vaksin di stadium tersebut hari ini.
Pada 18 Mac lepas, Uggah dilaporkan berkata Sarawak telah menghantar surat kepada kerajaan persekutuan mengenai hasrat Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi negeri itu.
Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran Program Imunisasi negeri Sarawak, Uggah berharap kerajaan persekutuan boleh menerima pendaftaran secara manual yang melibatkan penduduk di luar bandar.
Katanya kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar untuk melakukan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera dan hanya boleh mendaftar melalui pejabat residen dan daerah.
"Kita juga ada meminta mereka yang berada di luar bandar untuk mendaftar menggunakan telefon milik pejabat daerah atau residen. Apabila mereka menerima janji temu untuk divaksin, maka pegawai di pejabat berkenaan akan menghubungi penerima itu," katanya.
Seramai 929,435 individu disasarkan menerima vaksin bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sarawak yang bermula Isnin lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#kerajaan Persekutuan
#Kerajaan Sarawak
#Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#rakyat Sarawak
#pandemik
#scovag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan