KUCHING: Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat utiliti milik kerajaan negeri Sarawak itu berkata perkara berkenaan telah dimuktamadkan dalam majlis pemeteraian perjanjian secara maya antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dengan Ketua Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tenaga Dunia Angela Wilkinson.
Menerusi persetujuan itu, Sarawak Energy yang juga antara pemaju tenaga hidro utama di Asia Tenggara, akan menyokong Majlis Tenaga Dunia dalam usaha memangkin peralihan tenaga di serata dunia.
Pada masa sama, ini membolehkan syarikat berkenaan mendapat akses kepada rangkaian majlis yang merangkumi lebih 3,000 organisasi di lebih 90 negara dari segi pandangan global serta amalan terbaik berkaitan dasar tenaga, inovasi dan strategi kemampanan.
"Sarawak Energy akan menjadi penaung pertama majlis itu dari Asia Tenggara dengan menyertai kelompok di serata Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia," katanya.
Sementara itu, Sharbini menyifatkan peranan sebagai penaung itu akan membolehkan Sarawak Energy meninjau dan memanfaatkan rangkaian pemain industri tenaga global ketika terus meneroka penyelesaian peralihan tenaga bagi rantau ini.
Beliau berkata langkah peralihan strategik kepada tenaga hidro boleh diperbaharui lebih empat dekad lepas, membolehkan Sarawak Energy mengimbangi aspek keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan, memacu pertumbuhan mampan di Sarawak dan mewujudkan asas kukuh bagi tujuan meninjau penyelesaian tenaga berkarbon rendah lain termasuk (kemudahan) solar terapung dan pengeluaran hidrogen hijau.
"Bagi tempoh 2010 hingga 2021, kami dapat mengurangkan intensiti pelepasan grid kuasa Sarawak lebih daripada 70 peratus.
"Ketika dunia mempercepat usaha peralihan tenaga, Sarawak Energy pula membangunkan rancangan berkongsi sumber tenaga boleh baharu dengan negara-negara jiran melalui kesalinghubungan dengan memajukan Grid Borneo dan Grid Kuasa Asean.
"Ini membolehkan kami dapat menyumbang secara signifikan kepada usaha pengurangan pelepasan karbon di Asia Tenggara dan meningkatkan daya tahan peralihan tenaga di rantau ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, penaung Majlis Tenaga Dunia merupakan tonggak penting organisasi itu yang secara aktif menyokong visi Menginsankan Tenaga majlis itu selain agenda impak kejayaan atau pencapaian.
Sepertimana sejak 100 tahun lepas, majlis itu melengkapkan kalangan pemimpin dan organisasi dengan pandangan serta mekanisme berkesan menerusi libat urus dalam peningkatan pelbagaian tenaga sebagai sumber pengetahuan, inovasi dan pembelajaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Sarawak Energy yang juga antara pemaju tenaga hidro utama di Asia Tenggara, akan menyokong Majlis Tenaga Dunia dalam usaha memangkin peralihan tenaga di serata dunia.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Isu keselamatan Empangan Bakun telah ditangani - Sarawak Energy
Sarawak Energy berkata pihaknya telah pun menangani isu yang dibangkitkan oleh badan Dam Safety Flying Squad berhubung keadaan keselamatan Empangan Bakun.
90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Petronas bekal gas asli kepada 2 firma di Sarawak mulai tahun depan
BAGSF-2 direka bentuk dengan kapasiti untuk menghasilkan sehingga 390 juta kaki padu standard gas sehari (MMscfd).
Moody's beri penarafan A3 kali pertama kepada Sarawak Energy
Pada masa yang sama, Moody's telah mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) baa2 kepada SEB.
Curi elektrik terbesar: SEB bongkar 1,200 pelayan lombong mata wang kripto bernilai RM1.74 juta
Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Kementerian Utiliti Sarawak membongkar tapak lokasi aktiviti curi bekalan elektrik yang terbesar melibatkan kegiatan mata wang kripto.
HEP Bakun mulakan operasi pelepasan air secara terkawal pada 8 Sept
Paras air di kawasan tadahan Bakun dikawal dengan melepaskan sejumlah air melalui pelimpah berpagar.
Sarawak Energy, Petronas kerjasama terokai pengeluaran hidrogen
MoU ini menandakan kejayaan penting dalam usaha Sarawak meningkatkan dan menceburi bidang eksport tenaga hidrogen bagi memenuhi permintaan tenaga bersih global.
SARES bawa perubahan kepada masyarakat luar bandar Sarawak
Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) telah membawa perubahan besar kepada kehidupan masyarakat luar bandar.
COVID-19: Menara Sarawak Energy, Maybank Sibu ditutup
Menara Sarawak Energy dan Maybank Cawangan Sibu ditutup untuk proses pembersihan dan sanitasi.