awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak giatkan peranan dalam Grid Tenaga ASEAN, perluas visi TBB - Awang Tengah

Bernama
Bernama
31/05/2025
20:45 MYT
Sarawak giatkan peranan dalam Grid Tenaga ASEAN, perluas visi TBB - Awang Tengah
Awang Tengah berkata, Sarawak akan menjadi hab bagi tenaga boleh baharu (TBB) yang berteraskan kuasa hidro kerana ia mempunyai potensi. - Gambar Bernama
OSAKA: Sarawak sedang mempergiatkan rancangan untuk mengintegrasikan Borneo ke dalam Grid Tenaga ASEAN (APG), sekali gus menekankan komitmennya terhadap kerjasama tenaga serantau, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata, Sarawak telah membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia sejak 2016 dan kini sedang dalam proses untuk membekalkan tenaga kepada Brunei.
"Kami akan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada APG. Sarawak juga sedang giat mempertingkatkan infrastruktur grid bagi mengukuhkan pengagihan tenaga ke seluruh negeri dan ke luar," katanya selepas majlis perasmian Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, pada Sabtu.
"Sarawak sedang membentuk sebuah hab ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara, mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab alam sekitar sambil mencapai kemakmuran jangka panjang," kata Awang Tengah.
Sarawak, katanya, akan menjadi hab bagi tenaga boleh baharu (TBB) yang berteraskan kuasa hidro kerana ia mempunyai potensi untuk menjana sekurang-kurangnya 30,000 megawatt (MW) atau 30 gigawatt (GW) sekiranya dibangunkan sepenuhnya.
Pada masa ini, Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya kepada 10,000 MW atau 10 GW menjelang 2030 dan kepada 15,000 MW atau 15 GW menjelang 2035.
"Selain daripada potensi kuasa hidro, terdapat juga potensi besar untuk kami membangunkan tenaga boleh baharu melalui tenaga solar dan biotenaga daripada biojisim dan sisa," katanya.
Dalam pada itu, Awang Tengah turut memaklumkan bahawa Sarawak akan menganjurkan Minggu Sarawak bertemakan "Sustainability for Tomorrow" di Pavilion Malaysia sempena World Expo Osaka dari 4 hingga 10 Ogos.
Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka merangkumi keluasan 2,654.52 meter persegi merentasi tiga tingkat yang menggambarkan kepelbagaian budaya dan ekonomi dinamik negara.
Dengan tema "Weaving a Future in Harmony", pavilion itu menekankan komitmen Malaysia terhadap masa depan yang mampan, inklusif dan berwawasan.
Pavilion itu juga berfungsi sebagai hab untuk menjalin kerjasama dan dialog antarabangsa, serta sesi ceramah ringkas, pelancaran produk, tempat menandatangani memorandum persefahaman dan sesi padanan perniagaan.
Ia juga akan menjadi lokasi penganjuran forum, sidang kemuncak dan acara jaringan perniagaan yang akan meletakkan Malaysia sebagai rakan kongsi global yang dinamik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#grid tenaga ASEAN
#kerjasama tenaga
#Awang Tengah Ali Hasan
#Pavilion Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan