MALAYSIA
Sarawak guna sistem dan dasar baharu untuk transformasi sektor perumahan
Abang Johari berkata, teknologi IBS yang dipacu oleh pendigitalan dan kejuruteraan maju, dijangka meningkatkan kecekapan proses, kualiti dan produktiviti selain menjimatkan kos, mengurangkan buruh asing serta sisa pembinaan. - Gambar UKAS
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk mentransformasi sektor perumahannya melalui penerapan sistem dan dasar baharu termasuk penggunaan meluas teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta mekanisme pembiayaan yang diperbaharui bagi perumahan mampu milik.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembaharuan ini penting bagi memastikan penyediaan perumahan yang berkualiti, efisien dan mampan di Bumi Kenyalang.
"Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan komitmennya untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik dari 2026 hingga 2030.
"Bagi mencapai matlamat ini, kami terpaksa mengubah beberapa sistem dan dasar," katanya semasa merasmikan Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), di sini, pada Jumaat.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Abang Johari juga berkata, teknologi IBS yang dipacu oleh pendigitalan dan kejuruteraan maju, dijangka meningkatkan kecekapan proses, kualiti dan produktiviti selain menjimatkan kos, mengurangkan buruh asing serta sisa pembinaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan penggunaan IBS dalam projek perumahan di Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Beladin di Bahagian Betong dan Skim Pembesaran Kampung Trusan di Bahagian Limbang.
"Selain itu, projek pembinaan awam yang bernilai lebih RM10 juta dan projek infrastruktur melebihi RM100 juta diwajib menggunakan metodologi Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) menjelang tahun 2030.
"Bergantung kepada respons pasaran, kami juga menjangkakan keperluan bagi pihak berkepentingan awam dan swasta untuk mempertimbangkan penggabungan proses kewangan IBS ke dalam Ordinan dan Peraturan Perumahan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA