Sarawak kaji mekanisme salur bantuan RM15,000 kepada pelajar B40 di IPTA seluruh negara

Abang Johari berkata ketika ini bantuan tersebut hanya disalurkan kepada pelajar yang menuntut di universiti milik kerajaan negeri. - Gambar fail
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM15,000 setahun kepada anak jati Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan negeri Sarawak meneliti cara terbaik untuk memberi bantuan kewangan RM15,000 setahun kepada pelajar B40 Sarawak di IPTA seluruh negara.
 - Bantuan hanya diberikan kepada pelajar universiti milik kerajaan negeri Sarawak; GPS sedang meneliti cara untuk meluaskan bantuan ini.
 - Inisiatif ini membolehkan pelajar Sarawak terus belajar tanpa beban kewangan, dengan tambahan elaun RM15,000 setahun bagi pelajar berpendapatan rendah.
 
"Bagi pelajar Sarawak yang menuntut di IPTA di seluruh negara, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengkaji kaedah bagi menyalurkan bantuan serupa kepada mereka.
"Namun, pada masa ini, atas dasar memahami situasi yang dihadapi pelajar anak jati Sarawak yang belajar di mana-mana IPTA atau IPTS seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kerajaan menyediakan Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak sebanyak RM1,200 setahun," katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-29 di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan Sarawak mengumumkan pelaksanaan pendidikan tinggi percuma bermula tahun hadapan di empat universiti milik kerajaan negeri, iaitu Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak dan i-CATS University College.
Selain itu, kerajaan negeri turut memperkenalkan bantuan elaun sebanyak RM15,000 setahun kepada pelajar yang layak, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah per kapita di bawah RM1,500, menerusi skim pendidikan tinggi percuma berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


