awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
02/02/2023
06:47 MYT
Sarawak lanjutkan diskaun bil elektrik menerusi BKSS selama enam bulan
Abang Johari (tengah) berkata, lanjutan diskaun bil elektrik itu melibatkan pengguna domestik, komersial dan industri. - Astro AWANI.
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus selama enam bulan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia melibatkan pengguna domestik, komersial dan industri.
“Dalam membantu rakyat dan komuniti perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan.
“Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk meneruskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus hingga 25 peratus untuk pengguna domestik, komersial dan industri untuk enam bulan pertama tahun ini. Ini akan melibatkan sejumlah RM200 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Sri Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.
Keputusan itu katanya dicapai selepas mesyuarat Kabinet Sarawak hari ini.
Untuk rekod, Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion menerusi pakej BKSS 1.0 hingga 9.0 untuk membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 sejak 2020.
Topic Berkaitan
#BKSS
#diskaun elektrik
#Sarawak lanjutkan diskaun
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan