awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak Memilih: PSB dan DAP beri bayangan bakal bekerjasama

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
10/11/2020
06:38 MYT
Sarawak Memilih: PSB dan DAP beri bayangan bakal bekerjasama
Datuk Seri Wong Soon Koh (tengah) dalam sidang media bersama PSB dan DAP tidak menafikan kemungkinan dua parti pembangkang itu menyokong satu sama lain dalam pilihan raya akan datang. - Foto: Astro AWANI.
KUCHING:Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mungkin akan bekerjasama untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang akan datang.
Perkara itu dinyatakan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Bekas Menteri Kewangan II Sarawak itu tidak menafikan kemungkinan dua parti pembangkang itu untuk menyokong satu sama lain dalam pilihan raya yang mungkin diadakan dalam bila-bila masa.
“Seperti apa yang kami lakukan sekarang, kami bekerjasama dengan orang-orang yang yang berkongsi pemikiran yang serupa dari sudut visi dan misi”, tambahnya.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perdebatan di dalam DUN hari ini memperlihatkan kesatuan dan persefahaman antara dua parti berkenaan.
“Hari ini adalah testimoni bagaimana kami bekerjasama untuk kepentingan Sarawak dan rakyat Sarawak”
Namun ujar Chong, mereka akan mengutamakan isu kepentingan rakyat dalam Persidangan Dewan kali ini berbanding PRN.
Terdahulu kedua-dua parti itu sepakat menyuarakan bantahan dalam pembentangan untuk menggubal Artikel 16 Perlembagaan Sarawak, bagi mentakrifkan dan menjelaskan definisi resident in the state oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Bantahan itu telah mendorong penggubalan artikel itu ditangguhkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada tarikh dan sidang DUN yang akan ditentukan kemudian.
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#Sarawak
#PSB
#DAP
#Datuk Seri Wong Soon Koh
#Chong Chieng Jen
#Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
#Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar
#DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan