awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak meterai MoU dengan MAG mulakan perbincangan pengambilalihan MASWings

Bernama
Bernama
08/07/2023
10:41 MYT
Sarawak meterai MoU dengan MAG mulakan perbincangan pengambilalihan MASWings
Kerajaan Negeri Sarawak menandatangani MoU dengan MAG, syarikat induk MASWings Sdn Bhd, bagi membincangkan pengambilalihan syarikat penerbangan serantau itu. -Gambar fail/FB MASwings
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASWings Sdn Bhd, bagi membincangkan pengambilalihan syarikat penerbangan serantau itu.
MoU itu juga bertujuan mewujudkan parameter yang jelas, mentakrifkan skop, menetapkan garis masa, dan memudahkan proses pengambilalihan yang lancar, menurut kenyataan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, sempena lawatannya ke Khazanah Nasional Bhd semalam.
Lee mengetuai delegasi dari negeri itu dengan objektif utama untuk memberi taklimat kepada Khazanah mengenai cadangan pengambilalihan MASWings.
Delegasi itu merupakan susulan daripada pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 30 Jun, 2023, yang berlangsung di Putrajaya.
Mesyuarat itu turut membincangkan isu penyambungan laluan udara sedia ada yang menjejaskan Sarawak, terutamanya penerbangan terus antarabangsa.
Sarawak kini hanya mempunyai tiga laluan antarabangsa secara terus iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan dan Jakarta.
"Oleh itu, terdapat keperluan untuk usaha bersepadu bagi mewujudkan lebih banyak laluan antarabangsa secara terus untuk mempromosikan pelancongan, perdagangan dan pelaburan.
"Sehubungan itu, kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri melalui pengambilalihan MASWings," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#kerajaan negeri Sarawak
#Malaysia Aviation Group
#MASwings Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan