KOTA SAMARAHAN: Sarawak bakal melakar sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama tersebut akan bermula dengan pelaksanaan projek Pusat Kanser Sarawak di sini.
"Saya setuju, kita bawa kaedah baharu di mana Sarawak boleh memulakan pembinaan sedikit, kita tampung kemudian... kita akan mulakan pembinaan pembangunan hospital kanser ataupun institut kanser ini sesegera mungkin," katanya.
Berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini, Anwar berkata kaedah itu juga dipersetujui kerana Kerajaan Negeri Sarawak dapat memulakan projek berkenaan dengan lebih cepat dan pada kos lebih rendah.
"Kalau tengok kaedah biasa, ambil masa, kos tinggi. Orang Sarawak kata tak apa, kami bantu (dan) kami bagi beberapa rencana untuk memulakan projek," katanya.
Anwar juga berkata kaedah baharu pelaksanaan projek itu dipersetujui dalam mesyuarat beliau bersama dengan Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta kerajaan negeri yang berlangsung di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak hari ini.
Beliau berkata Abang Johari telah mengangkat isu-isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak pada mesyuarat itu dan menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk membiayai terlebih dahulu projek-projek Persekutuan yang perlu disegerakan.
"Kadang-kadang sekolah nak dibina, klinik di kawasan pedalaman. Maka saya kata kita (Kerajaan Persekutuan) setuju sekiranya dalam keadaan negeri (Sarawak) berupaya nak mulakan projek itu dengan kos lebih rendah dan lebih cepat," katanya.
Perdana Menteri berkata inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, Kerajaan Persekutuan menyerahkan banyak tanggungjawab Persekutuan kepada kerajaan negeri yang menandakan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 150 asnaf dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap semasa merasmikan Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin malam ini. - Foto BERNAMA
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.