awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak pamer prestasi cemerlang di peringkat global - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
19/05/2025
05:05 MYT
Sarawak pamer prestasi cemerlang di peringkat global - Wan Junaidi
Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba pada perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini. Turut hadir, Abang Johari - Gambar Bernama
KUCHING: Sarawak terus menunjukkan prestasi cemerlang di pentas nasional dan antarabangsa walaupun berdepan cabaran ekonomi global, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, walaupun konflik geopolitik, revolusi teknologi, perubahan iklim, dan perang tarif global memberikan kesan langsung kepada ekonomi negeri, namun Sarawak berada di landasan yang kukuh untuk menghadapi segala kemungkinan.
"Langkah proaktif yang diambil Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg amatlah dipuji. Usaha beliau meneroka tenaga hijau, teknologi digital, dan inovasi membuka lembaran baharu ekonomi Sarawak bukan sahaja di dalam negeri malah di peringkat global," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.
Wan Junaidi turut menyifatkan usaha Kerajaan Sarawak membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah tepat dan berpandangan jauh dalam menghadapi perubahan iklim global.
"Ini bukan sahaja membantu menangani cabaran perubahan iklim malah mampu menjadikan Sarawak sebagai 'Battery of ASEAN' selari dengan aspirasi ASEAN Power Grid untuk menyediakan tenaga bersih di rantau ini.
"Saya juga gembira kerana Sarawak kini memulakan langkah pengurusan sisa buangan yang merangkumi penjanaan tenaga atau dikenali sebagai sisa kepada tenaga. Saya yakin usaha ini akan meningkatkan pengurusan sisa yang lebih mampan dan menjana pendapatan kepada Sarawak," katanya.
Beliau berkata, Sarawak kini semakin menonjol sebagai wilayah progresif di Malaysia dengan kestabilan politik, dasar ekonomi yang kukuh dan pengurusan kewangan yang berhemat.
"Di peringkat antarabangsa, Sarawak kini semakin dikenali dan mendapat perhatian sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam bidang ekonomi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#prestasi cemerlang Sarawak
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Sidang DUN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan