awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perinci kaedah tingkatkan kesedaran pengambilan vaksin COVID-19 pada Isnin

Azizah Alwi, Fadilah Sulaiman
Azizah Alwi, Fadilah Sulaiman
10/02/2021
12:39 MYT
Sarawak perinci kaedah tingkatkan kesedaran pengambilan vaksin COVID-19 pada Isnin
Tegas Uggah, publisiti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kesedaran itu menarik selain difahami semua lapisan masyarakat.
KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan bermesyuarat pada Isnin bagi membincangkan usaha untuk meningkatkan kesedaran pengambilan vaksin COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat itu turut akan meneliti kaedah terbaik dan berkesan mengenai kepentingan pengambilan vaksin dalam kalangan penduduk rumah panjang dan pedalaman Sarawak.
Tegas Uggah, publisiti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kesedaran itu menarik selain difahami semua lapisan masyarakat.
“Kita akan bermesyuarat pada Isnin ini untuk mengemas kini publisiti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan memberi senarai apa yang akan dilakukan. Kita bukan sahaja fokus kepada warga emas tetapi kepada seluruh rakyat sarawak khususnya,” katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Rabu.
Jelas Uggah, pihaknya dan JKNS berdepan cabaran sekali gus menangkis berita palsu mengenai pengambil vaksin itu dalam kalangan masyarakat.
Antara lain beliau berpendapat untuk menggunakan bahasa ibunda masyarakat pelbagai kaum di negeri itu sebagai medium penyampaian maklumat kepentingan pengambilan vaksin COVID-19.
"Sebelum ini JKNS ada membuat video mengenai COVID-19 dalam bahasa Inggeris. Saya melihat maklumat itu boleh dipelbagaikan kepada bahasa-bahasa lain di Sarawak seperti bahasa Iban, Bidayuh dan lain-lain.
"Ini penting untuk memudahkan penduduk kita di rumah panjang dan pedalaman faham akan kepentingan pengambilan vaksin ini," katanya.
Sementara itu, mengambil pengajaran daripada Kluster Pasai Uggah menjelaskan, JPBN Sarawak akan menambah baik pengurusan dalam mengawal penularan COVID-19 di pedalaman dan rumah panjang.
Selain itu, hospital-hospital luar bandar di seluruh Sarawak juga akan dijadikan sebagai hospital hibrid untuk merawat pesakit COVID-19.
Topic Berkaitan
#kepentingan vaksin
#vaksin COVID-19
#Sarawak
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#JPBN Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan